‘FRONTLINER’ BERTUKAR TANGAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

520
SHARES
3.1k
VIEWS

Setelah 4 bulan jentera MKN, KKM, pihak berkuasa polis, askar, para doktor, kakitangan kesihatan, food riders, runners dan mereka yang bekerja sepanjang PKP menjadi barisan hadapan negara menghadapi ancaman wabak Covid-19, maka hari ini negara kita membina satu detik sejarah apabila tugasan barisan hadapan tersebut diserahkan semula kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kini tugas menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara terletak pada tangan kita semua rakyat Malaysia dan mereka yang sebelum ini berada di hadapan kini kembali berada di belakang menjadi tunjang negara memastikan terus negara kita selamat dari pelbagai ancaman.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) yang bermula hari ini telah membenarkan banyak syarat yang dilarang sebelum ini kini dilonggarkan namun tetap perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan, dan kita sebagai ‘frontliner’, seluruh rakyat perlu bersatu dan terus bertahan membina benteng agar rantaian Covid-19 yang terputus itu tidak bercantum kembali.

Seruan Perdana Menteri buat seluruh rakyat yang kini menjadi barisan hadapan negara untuk terus kekal dengan norma baru, pastikan sentiasa menjarakkan diri di tempat awam, sentiasa membasuh tangan, elak bersentuhan dan sentiasa memakai topeng muka.

Rakyat terus diingatkan agar hindari diri dan ahli keluarga ke tempat-tempat yang sesak, sempit dan tidak bersembang dekat dengan orang lain. Jika petugas frontliner PKP sebelum ini mampu lakukan maka kita juga mampu lakukan, jika kali ini bukan kita  yang menjaga sesama kita semua, siapa lagi? 

Buat mereka yang akan memulakan perjalanan merentasi negeri, berhati-hati di jalan raya, ingat pesanan pimpinan negara kita, budayakan norma baru ini dalam kehidupan kita sehingga kita benar-benar berjaya satu hari nanti dengan izin Allah.

Mewakili seluruh anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dan juga Khidmat Malaysia Negeri Selangor, kami berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah buat seluruh barisan hadapan PKP negara, terutama buat Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dan seluruh kakitangan KKM, Menteri Kanan Sektor Keselamatan dan seluruh pasukan keselamatan negara yang telah berjaya menjaga negara kita dengan baik.

Kini tanggungjawab tersebut diserahkan kembali kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama kita kekalkan negara kita terus selamat dari wabak coronavirus Covid-19 ini dan juga ancaman yang lain bersama #KitaJagaKita dan In sya Allah #KitaMestiMenang.

Shehdi Hazrik Shamsudin

Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts