RCI WAJAR DILAKSANAKAN BAGI MENYIASAT SETIAP TINDAKAN TOMMY THOMAS DAN PAKATAN HARAPAN

1.1k
SHARES
6.4k
VIEWS

Ketika ini banyak terdedah komplot atau salah laku yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara lantikan politik Pakatan Harapan iaitu Tommy Thomas, yang juga sebelum ini terkenal sebagai peguam bagi Chin Peng dan Lim Guan Eng.

Antaranya dakwaan rasuah bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang jelas suatu penganiayaan peringkat tertinggi, selain komplot bagi menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Musa Aman kepada Pakatan Harapan.

Ini baru istilah tepat bagi “kerajaan pintu belakang” kerana dihasilkan melalui tindakan-tindakan jahat dan tidak Berperlembagaan apabila pertuduhan palsu dan dibuat-buat tetapi tidak melalui perbicaraan di mahkamah apabila kerap ditangguhkan.

Sedangkan kes dakwaan rasuah Musa Aman ini telahpun disahkan tidak wujud dan digugurkan oleh Peguam Negara ketika itu iaitu Tan Sri Ghani Patail serta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu diketuai oleh Tan Sri Abu Kassim.

Malah, pihak anti rasuah Hong Kong yang dikenali sebagai ICAC telah berkali-kali menjawab kerajaan Malaysia termasuk kepada kerajaan Pakatan Harapan ketika mereka menjadi kerajaan bahawa tiada kes yang boleh didakwa ke atas Musa Aman mengenai pindaan dana ini.

Sehingga awal tahun ini, pihak ICAC Hong Kong masih tetap dengan pendirian mengenai ketiadaan unsur kesalahan rasuah berhubung kes Musa Aman walaupun berulang-kali ditanya oleh pihak SPRM dan pendakwa raya kerajaan Pakatan Harapan.

Malah Ghani Patail sendiri telah membuat afidavit mengenai kes ini bertarikh 6 Jun 2020 yang jelas mengatakan tindakan beliau ketika itu adalah tindakan secara bersama setelah meneliti semua keterangan, siasatan dan fakta yang ada secara profesional dan mengikut lunas undang-undang.

Ini jelas suatu penganiayaan dan Tommy Thomas serta “mereka di belakangnya yang memberi arahan” wajar dihadapkan ke mahkamah. 

Selain itu pelbagai kes lain melibatkan Tommy Thomas wajar diteliti semula seperti kes pembebasan seorang Tan Sri berbangsa Cina yang turut melibatkan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng.

Juga pelbagai tuduhan lainnya yang dibuang, digugurkan, dilepas dan dibebaskan oleh Tommy Thomas dan Pejabat Peguam Negara ketika Pakatan Harapan memerintah, termasuk kes tuduhan rasuah terowong di Pulau Pinang dan kes rasuah pembelian banglo yang juga melibatkan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon di mana kes ini seperti kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, yang dipenjarakan atas kesalahan yang sama. 

Inkues meragukan dan mengejutkan dalam penyiasatan pembunuhan arwah Muhammad Adib, anggota bomba yang dibunuh ketika rusuhan di Kuil Sri Mariamman, kerana Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir turut mengatakan kes tersebut sebagai cubaan bunuh, namun tiada pendakwaan lanjut oleh Tommy Thomas. 

Pembebasan tertuduh daripada parti DAP melibatkan ADUN DAP iaitu P. Gunasekaran dan G. Samanitan yang jelas menyokong dan mempromosi militan LTTE malah bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas E8 (Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Ayob Khan sendiri mengatakan mereka mempunyai bukti kukuh melibatkan tertuduh. 

Serta pelbagai lagi tuduhan melibatkan pemimpin-pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan seperti kes perhimpunan haram Thomas Su Keong (DAP), kes hasutan Hasan Abdul Karim dan R. Sivarasa dari PKR, kes fitnah Tabung Haji Rafizi Ramli (PKR), kes hasutan Fahmi Reza dan kes isyarat lucah Siti Kasim, kedua-duanya aktivis dan peguam pro Pakatan Harapan, kes demonstrasi haram Chong Chieng Jen (DAP) dan Julian Tan, kes hasutan Eric Paulsen, S. Arutchelvan, N. Surendran, Zunar dan Tamrin Abdul Ghafar. 

Justeru kerajaan wajar menyiasat Tommy Thomas atas setiap pertuduhan yang beliau pernah buang, gugur atau melepaskan dan membebaskan tertuduh yang melibatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan, kerana jelas ia meragukan.

Dalam kes-kes tertentu melibatkan kepentingan awam dan berprofil tinggi pula perlu diadakan gesaan untuk dilakukan RCI atau Suruhanjaya Siasatan Diraja agar kebenaran dapat didedahkan.

Malah bukan sahaja Tommy Thomas, Lim Guan Eng dan Tun Mahathir sendiri perlu dibawa ke muka pengadilan termasuk mereka yang asyik mencabar Perlembagaan Persekutuan dan promosi menghasut kebencian antara kaum dan agama seperti bekas Menteri Perpaduan  Nasional P. Waytha Moothy dan ADUN DAP Kota Kemuning, V. Ganabatirau.

Jangan terlambat sehingga mereka sempat lari ke luar negara mencari suaka politik kerana kononnya ‘ditindas’ kerajaan kerana inilah taktik mereka sejak sekian dahulu dengan berlagak seperti menjadi mangsa (playing as a victim) sedangkan ia hanya penipuan semata-mata. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts