GUNA ISU TUTUP SEKOLAH TAHFIZ UNTUK TUTUP ISU LAIN?

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Tan Sri Zainuddin Maidin terkenal dengan cadangan yang mengarut. Cadangan terkini beliau untuk menutup sekolah tahfiz seumpama mencadangkan sekolah menengah ditutup kerana banyak berlaku kes buli, pelajar terlibat gejala samseng, guru pukul murid dan pelbagai lagi yang terpencil namun diperbesar-besarkan.

Wajarkah sekolah menengah ditutup kerana segelintir pelajar dan guru bermasalah?

Tanpa sebarang kajian, pandangan beliau terus menjunam kepada kesimpulan.

Apa yang menariknya pandangan beliau disuarakan ketika terdapat cadangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Isu UEC ini berjaya ditenggelamkan dengan isu panas yang dibangkitkan oleh Zainuddin Maidin. Adakah sebarang permainan kotor di sini agar isu UEC tidak menjadi tumpuan pengamal media dan mengundang kritikan pejuang bahasa dan ahli akademik?

Selain isu UEC, apakah isu lain yang mungkin ingin ditenggelamkan selain isu akaun bayi lapan bulan dibekukan, isytihar dana politik atau isu Pejabat Perdana Menteri menghalang beberapa Menteri ingin ‘memberi ganjaran’ kepada penyokongnya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, selain isu kerajaan terkial-kial menunaikan janji manifesto.

Pengiktirafan UEC ini juga terdapat dalam manifesto Pakatan Harapan dan Kementerian Pendidikan sedang memperhalusinya kerana ingin mendapatkan pandangan pelbagai pihak  dan memandang berat isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta khuatir impak keputusan yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian.

Semoga kajian menyeluruh dilaksanakan, jangan tiba-tiba di tengah keributan isu tutup sekolah tahfiz, tiba-tiba kerajaan mengiktiraf UEC!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts