TAMATKAN PENJARAKAN SOSIAL, TINDAKAN RAPID RAIL DITEGUR ISMAIL SABRI

658
SHARES
3.9k
VIEWS

Selang beberapa ketika sahaja selepas membuat pengumuman mengenai ketiadaan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen kendalian mereka, Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali Rapid KL ditegur oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Sebelum ini pihak Rapid memaklumkan bahawa pihaknya menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen bermula hari ini bagi mencapai kapasiti 100 peratus penumpang iaitu sehingga penumpang dalam semua perkhidmatan rel kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail iaitu Abdul Hadi Amran dengan alasan kononnya langkah tersebut sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkaitan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut beliau, SOP itu membenarkan kapasiti 100 peratus penumpang dalam semua perkhidmatan rel kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar.

Memang benar melalui SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan membenarkan operasi kapasiti penuh bagi pengangkutan awam darat termasuk juga udara namun di sebalik setiap arahan tersebut, penjarakan sosial, mencatat kehadiran dan pengambilan suhu tetap perlu dilaksanakan.

Bagaimana CEO Rapid boleh tidak memahami perkara ini sedangkan beliau berkata “Antara prosedur keselamatan dan kesihatan untuk penumpang adalah pemeriksaan suhu badan dan sekiranya melebihi 37.5 darjah Celsius, mereka tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan tersebut.” 

Beliau juga berkata “Rapid Rail menyeru dan berharap semua pengguna mendisiplinkan diri untuk mematuhi normal baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha gigih kita mencegah penularan COVID-19 terus berkesan,” – sedangkan maksud” norma baharu” itu adalah dengan penjarakan sosial bagi mengelakkan sentuhan, mencatat kehadiran, pengambilan suhu dan penggunaan hand sanitizer.

Namun menurut Ismail Sabri, tindakan Rapid Rail tersebut tidak sewajarnya dilakukan kerana kekurangan penumpang bukan sahaja dialami oleh mereka dan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengabaikan perintah kerajaan.

Kita faham masalah mereka apabila penjarakan sosial dilaksanakan, akan berlaku pengurangan penumpang. Namun, ini bukan hanya membabitkan perkhidmatan MRT (Transit Aliran Massa), LRT (Transit Aliran Ringan) dan bas tetapi juga pesawat dengan pengurangan penumpang sehingga 66 peratus.

Jangan buat keputusan sendiri walaupun kurang penumpang dan kini alami kerugian. Jangan buat keputusan tanpa merujuk kepada kerajaan, tindakan itu salah,” katanya.

Jelas tindakan Rapid Rail hanya untuk memaksimumkan penumpang semata-mata, sehingga mengabaikan aspek keselamatan dan pengorbanan semua pihak yang patuh perintah kawalan pergerakan sebelum ini, sehingga terpaksa ditegur oleh Ismail Sabri, barulah mereka akur dengan perintah kerajaan mengenai penjarakan sosial.

Rapid Rail sepatutnya memohon dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kelulusan, bukan sewenang-wenangnya mengubah peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang ditetapkan kerajaan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts