YDP AGONG BATAL SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN, ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA BARISAN HADAPAN

57
SHARES
632
VIEWS

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua acara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda dibatalkan.

Titah baginda disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta dalam usaha berterusan kerajaan baginda mengekang penularan pandemik Covid-19.

Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan mereka dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Selain itu, YDP Agong juga menyeru rakyat agar bersabar dan berdisiplin dengan tata cara serta amalan kebiasaan baharu serta mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Baginda juga mengajak rakyat sama-sama berdoa negara terus dilindungi dan dirahmati agar wabak ini dapat diakhiri dengan segera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan