SPRM MESTI BERANI LAKSANA TUGAS DENGAN TEGAS DAN AMANAH – MCW

18
SHARES
205
VIEWS

KENYATAAN MEDIA MALAYSIA CORRUPTION WATCH

Malaysia Corruption Watch (MCW) dan rakyat melihat bahawa terdapat gerakan untuk menjatuhkan imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh segelintir ahli politik yang telah kehilangan kuasa atas kesilapan sendiri.

Sewajarnya dalam keadaan bencana virus Covid-19 yang memberi kesan hebat terhadap prestasi ekonomi negara, kita memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk memastikan keadaan negara pulih dengan segera. Namun masih terdapat segelintir ahli politik yang masih mementingkan ‘tekak’ sendiri dan tidak habis-habis ‘berpolitik murahan’ sehingga sanggup menggunakan ‘video viral’ dengan menjadikan SPRM sebagai ‘mangsa’ fitnah untuk meraih simpati dan perhatian rakyat.

MCW amat bimbang sikap ‘politik murahan’ ini boleh menjadi punca rakyat semakin sangsi dengan kewibawaan pihak penguatkuasaan dan pentadbiran negara.

Berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tersebut, MCW menempelak dan menyifatkan tindakan tersebut hanya untuk menimbulkan kecelaruan kepada rakyat serta mengganggu proses siasatan SPRM yang sedang berjalan.

MCW yakin bahawa pihak SPRM tidak mudah goyah dengan mainan politik murahan ini dan terus tegas melaksanakan tugasan mengikut lunas undang-undang “without fear or favor“. 

SPRM juga perlu membuktikan bahawa segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas dan segera menyelesaikan siasatan kes yang berkaitan.

Hj. Jais Abdul Karim

Presiden MCW

6 Jun 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan