SERAKAH POLITIK MAHATHIR, TERSALAH TAFSIR APABILA DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI INTERIM

2.1k
SHARES
11.7k
VIEWS

Sebelum Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dengan kerelaannya sendiri sehingga mengakibatkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional masih belumpun wujud.

Mahathir sendiri berniat untuk keluar daripada Pakatan Harapan kerana beliau sendiri tidak suka kepada DAP dan Anwar, malah tindakan mengajak bergabung dengan UMNO termasuk rundingan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga mendapat restu Mahathir.

Cuma setelah dipujuk oleh beberapa pihak termasuk anak-anaknya Marina dan Mukhriz maka Mahathir keliru dengan tindakannya sendiri. Beliau keliru dengan apa yang beliau sendiri hajatkan iaitu keluar dari Pakatan Harapan dan meninggalkan DAP serta memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Bukan kerana Anwar terpalit dengan isu liwat kerana Mahathir bukan kisahpun mengenai moral dan agama tetapi sudah menjadi tradisinya menipu Anwar sejak awal dan dalam hatinya ada sedikit kegusaran khuatir Anwar akan membalas dendam ke atas dirinya, keluarga dan kroni-kroni beliau yang kaya raya sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun bersama Barisan Nasional dan 22 bulan bersama Pakatan Harapan.

Perikatan Nasional lahir dari terjemahan beberapa pemimpin-pemimpin Melayu Islam serta parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional dan GPS Sarawak apabila terpaksa mencari jalan lain setelah Mahathir mengkhianati kesepakatan yang beliau sendiri mulakan dan merestuinya malah bertindak melulu meletakkan jawatan. Kononnya untuk mengelakkan sesiapa mengambil peluang ke atas dirinya tetapi ini membuka ruang besar untuk diisi oleh individu lain selaku Perdana Menteri.

Mahathir ketika ini ingat beliau masih mempunyai kuasa dan boleh berbuat sesuka hatinya. Rakyat masih boleh melihat bagaimana ketika beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Interim pada 24 Februari, terus beliau menunjukkan kerakusannya.

Hanya selepas 3 hari dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, dalam ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 pada 27 Februari, beliau serta merta meluluskan tambahan RM3 bilion untuk projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), walaupun sebelum itu pada 28 Ogos 2019, projek tersebut telahpun diperuntukkan jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak RM21.6 bilion. 

Rujuk; https://editormalaysia.com/13633/

Sedangkan ketika itu beliau hanyalah seorang Perdana Menteri sementara yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal negara di waktu peralihan sementara menunggu Perdana Menteri baharu dilantik oleh YDP Agong.

Tetapi Tun Mahathir tidak perlu menunggu lama untuk menambahkan peruntukan yang telahpun diberi sebelum itu kepada syarikat tertentu, seolah-olah beliau sebegitu yakin YDP Agong akan melantiknya kembali sebagai Perdana Menteri kelapan.

Selain itu beliau turut sebegitu angkuh menzahirkan hasratnya ingin melantik barisan kabinet beliau dalam kalangan Ahli Parlimen yang disukainya dan bukan melalui parti, tentunya mereka yang akan dilantik tersebut boleh dikawal dan mengikut telunjuknya atau setidak-tidaknya tidak akan mengganggunya untuk berbuat apa sahaja sesuka hatinya seperti sebelum ini. 

Apabila telahannya meleset apabila tidak dilantik kembali, apatah lagi setelah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, Mahathir tersentak, terkejut dan terpinga-pinga kerana baru tersedar beliau telah membuat kesilapan besar apabila meletakkan jawatan.

Ketika diperkenan oleh YDP Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, beliau masih sangat yakin dan seolah-olah ‘signal‘ beliau akan dilantik kembali sebagai Perdana Menteri seterusnya. Kelilingnya ketika itupun masih bergembira sakan melihat Langkah Sheraton bakal digagalkan tetapi perancangan Allah Taala mengatasi perancangan makhluk-NYA. 

Malah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memilih cara yang elegen dan bertindak mengikut sistem pemerintahan yang unik di negara ini iaitu Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, apabila memanggil seluruh 222 Ahli Parlimen untuk ditemubual dan mendengar sendiri siapa yang mereka inginkan sebagai Perdana Menteri. 

Bayangkan jika YDP Agong tidak bersikap terpuji dengan melaksanakan temubual tersebut, tentu ketika ini Pakatan Harapan dan Mahathir akan mencemuh menuduh Baginda membelakangkan Perlembagaan, walaupun pada hakikatnya Baginda dibenarkan mengikut Perlembagaan untuk melantik siapa sahaja “yang pada hemat Baginda” mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. 

Ketika inipun malah mereka sangat berani dan tidak menghormati perkenan pelantikan Perdana Menteri oleh YDP Agong serta menggelarnya sebagai “kerajaan pintu belakang” sehingga terpaksa ditegur secara berhemah oleh Baginda ketika titah pembukaan Sidang Dewan Rakyat  pada 18 Mei lepas.

Oleh kerana itulah Mahathir sangat berdendam dan menjadikan Muhyiddin sebagai sasarannya ketika ini yang menunjukkan laungan “rule of law” dan “hapuskan kleptokrasi” selama ini hanyalah retorik semata-mata, demi mengaburi mata rakyat daripada terlihat serakah politiknya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts