PH ‘GILA TALAK’, DILEMA SIAPA CALON PM DAN PANIK APABILA UMNO KATA “BERSEDIA HADAPI PRU-15”

1k
SHARES
10.6k
VIEWS

Hakikatnya Pakatan Harapan berada dalam keadaan serba salah sama ada ingin mengangkat Tun Mahathir ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka kelak. Masih belum ada kenyataan bersama semua Presiden PH yang membuat pengisytiharan siapakah antara dua seteru utama politik sejak 1998 ini yang akan mereka pilih.

PH pasti mencalonkan Anwar dan bukannya Mahathir apatah lagi setelah bekas Perdana Menteri ketujuh itu sendiri yang menjatuhkan kerajaannya sendiri apabila meletakkan jawatan dan mengkhianati Anwar buat kesekian kalinya. Anwarpun sudah serik dan DAP juga hanya memendam rasa.

Walaupun Lim Guan Eng amat baik dengan Mahathir dan Mahathir juga selalu mentaati apa sahaja yang Guan Eng mahu, termasuk menjarah harta umat Islam, tetapi dalam mencari calon Perdana Menteri, DAP tetap inginkan Anwar.

Mahathir dan serpihan Bersatu ketika ini hanyalah ibarat “melukut di tepi gantang” yang bakal disisihkan oleh PH pada bila-bila masa setelah undi masyarakat Melayu yang masih menyokong pemimpin berusia 96 tahun tersebut didapatkan pada PRU-15 kelak.

‘Momentum’ Mahathir masih diperlukan bagi memecahkan undi Melayu di negara ini. Selagi ada Mahathir selagi itulah beliau akan dipergunakan dan Melayu yang menyokongnya pula diperbodohkan. Tetapi setelah berjaya kelak, Mahathir dan Bersatu akan disisihkan.

Atas maksud itulah maka Mahathir dilihatkan seolah-olah pemimpin yang PH sayangi dan hormati sedangkan dalam hati mereka hanya menunggu masa untuk menyingkirkan Mahathir setelah apa yang dihajatkan tercapai.

Mahathir pula sampai bila-bila tidak akan memberikan laluan kepada Anwar dengan tetap berpura-pura akan bekerjasama. Masalah Mahathir ialah beliau terlalu taksub dengan jawatan Perdana Menteri, serta tidak mempercayai ada orang lain yang boleh memerintah ‘sehebat’ beliau.

Masalah Anwar dan DAP pula, mereka tidak mahukan Mahathir tetapi mahukan undi penyokong taksub beliau yang tidak kisah bekerjasama dengan DAP.

Serpihan Bersatu ini seumpama serpihan PAS dahulu yang kini dikenali sebagai PAN, di mana mereka rela bekerjasama dengan DAP malah bukan setakat menyokong tetapi memuji, membela dan ‘menjilat’ selagi boleh, asalkan matlamat masing-masing tercapai, walaupun sehingga menggadaikan maruah bangsa dan negara. ‘Menjual’ agama demi kepentingan politik juga sudah mereka lakukan maka apalah sangat jika berterusan menipu dan mengkhianati mandat rakyat. 

Oleh kerana itu mereka memainkan naratif baru iaitu UMNO yang ingin mengkhianati Perikatan Nasional sedangkan jelas yang ingin menjatuhkan kerajaan ialah mereka sendiri sehingga ditegur dan dijelaskan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam sesi pembukaan Sidang Parlimen pada 18 Mei lepas.

Ini kerana keghairahan mereka ingin memerintah kembali hanya akan menggugat kestabilan politik dan bakal menjerumuskan negara kembali kepada ‘zaman gelap’ seperti ketika 22 bulan PH memerintah. 

PH bertambah panik apabila UMNO bermain perang saraf dengan mengatakan bersedia menghadapi PRU-15 sedangkan kenyataan UMNO itu hanyalah sekadar kenyataan biasa  dan gimik politik yang pastinya setiap parti ingin menunjukkan kesediaan masing-masing dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang termasuk pembubaran Parlimen.

Kegusaran dan panik PH semakin terserlah apabila melatah mengatakan UMNO pula yang ingin jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Ketika ini pemimpin-pemimpin dalam Perikatan Nasional pasti sedang tersenyum riang melihat gelagat PH yang asyik melatah menyalahkan dan menuduh pihak lain, sedangkan mereka sendirilah yang ‘gila talak’ ingin berkuasa semula kerana hanya sempat memerintah selama 22 bulan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan