PH YANG MAHU JATUHKAN PN TETAPI UMNO YANG DISALAHKAN

943
SHARES
10.5k
VIEWS

Pakatan Harapan (PH) yang berhajat menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah menjadikan perkara ini sebagai agenda mereka apabila Tun Mahathir Mohamad tersilap besar meletakkan jawatan.

Percaturan Mahathir memakan diri tetapi tiada seorangpun dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH sanggup mengakui kebodohan yang beliau lakukan apabila tindakannya itu mengakibatkan PH tumbang hanya selepas 22 bulan memerintah. Insiden memalukan ini berlaku dengan sendirinya tanpa desakan sesiapapun. 

Oleh kerana itu naratif baru dicipta iaitu kononnya UMNO tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Menteri Kabinet dan ingin tumbangkan PN sedangkan sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Perdana Menteri, propaganda memburukkan PN terus digerakkan serta-merta. 

Perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin diremehkan, pelbagai tipu daya dibangkitkan dengan menunjukkan seolah-olah PN mengkhianati mandat rakyat, yang berterusan tanpa henti sehingga ke hari ini.

Mahathir pada usia mencecah 96 tahun kembali kemaruk kuasa setelah hilang kuasa. PH juga sama, kemaruk kuasa setelah Mahathir meletakkan jawatan. 

Maka untuk tidak dituduh oleh penyokong sendiri sebagai bodoh (kerana Perdana Menteri sendiri meletakkan jawatan) dan kemaruk kuasa (ingin menjatuhkan PN), maka ‘watak jahat’ perlu dicipta. Bagi PH, watak jahat paling sesuai itulah UMNO. 

Sedangkan amat jelas UMNO yang sebelum ini duduk di kerusi pembangkang, hanya bercita-cita agar PH ditumbangkan kerana rakyat sendiri sudah tidak sanggup diperintah oleh mereka yang mengkhianati mandat rakyat.

Bukan sahaja penyokong Barisan Nasional dan PAS, malah penyokong mereka sendiri meluat melihat PH terlalu bongkak dan asyik menyalahkan kerajaan lama termasuk menipu terang-terangan demi tidak mahu menunaikan manifesto. Akhirnya terbongkar PH hanya pandai beretorik dan beralasan yang menjadi punca mereka semakin dibenci oleh rakyat.

Justeru bagi ‘menampung’ kebodohan mereka ini, maka mainan persepsi perlu ditiupkan kembali agar rakyat kembali membenci UMNO dengan memperlihatkan seolah-olah UMNO itulah yang kemaruk kuasa dan jawatan sehingga ingin menumbangkan PN.

Walaupun semua pihak tahu dengan jelas tidak mungkin UMNO mahu jatuhkan PN kerana tujuan mereka ingin menumbangkan kerajaan PH yang menyusahkan rakyat dan negara telahpun tercapai.

Tetapi PH tidak peduli, mereka nampak bodohpun tidak mengapa asalkan dapat memanipulasi rakyat yang masih lagi tegar menyokong mereka. Selagi ada rakyat yang istiqamah mempercayai mereka selagi itulah PH akan tetap memperbodohkan rakyat.

Hujahnya hanya satu, ini kerana kebodohan dan PH tidak mungkin boleh dipisahkan sampai bila-bila.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan