DADAH DAN ARAK MEMBUNUH!

497
SHARES
2.9k
VIEWS

Dadah digunakan secara meluas dan terkawal dalam bidang farmasi dan perubatan tetapi dikawal selia dengan baik dan sebarang penyalahgunaan dadah diklasifikasikan sebagai jenayah yang boleh membawa kepada hukuman mandatori gantung sampai mati.

Ini kerana jika sedikit ia memberi manfaat dan berlebihan ia akan banyak memberi mudarat. 

Sama juga seperti arak yang menjadi minuman sesetengah pihak, jika berlebihan ia memabukkan dan membawa banyak kemudaratan.

Saranan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Aminuddin Yahaya agar mengubah naratif “arak adalah hak bukan Islam” ini sangat bertepatan kerana kini ia bukan lagi sekadar mabuk dan menyusahkan ramai pihak, tetapi mutakhir ini semakin ramai yang menjadi mangsa pemandu mabuk, di mana jika peguamnya pandai berhujah, berkemungkinan pelakunya bakal dilepaskan kononnya atas ‘kesalahan teknikal’.

Kerajaan perlu bertegas dan perkara ini akan dibentangkan di kabinet ini perlu diambil peluang terutamanya Ahli Parlimen kerajaan yang perlu mencapai kata sepakat menyokong akta ini dipinda serta merta bagi memberi keadilan kepada keluarga mangsa.

Baru dua hari lepas, seorang lelaki berusia 44 tahun yang baru pulang dari menghantar makanan yang dibuat isterinya kepada pelanggan-pelanggan, dilanggar mati oleh seorang pemandu mabuk berusia 21 tahun. Bayangkan perasaan ahli keluarga apatah lagi isteri dan anak-anaknya yang serta merta kehilangan tempat bergantung.

Sepatutnya hukuman keras juga serta merta dilaksanakan tanpa melalui birokrasi dan dengan alasan teknikal pula akhirnya lepas sedangkan kematian telahpun berlaku dan ini sangat tidak adil kepada sesiapapun.

Jika pemandu mabuk berusia 21 tahun itu yang kehilangan ahli keluarga akibat pemandu mabuk yang lain, tentu beliau sendiri bersetuju dengan hukuman keras dilaksanakan.

Kerajaan tidak perlu memikirkan keadilan buat pesalah iaitu pemandu mabuk ini, kerana tiada bangsa dan agama apapun di dunia ini yang suka ahli keluarganya terbunuh akibat dari pemandu mabuk. Hatta mereka yang tidak beragama sekalipun, hatta Liberal atau berfahaman komunis sekalipun benci dengan pemandu mabuk ini jika mangsa adalah ahli keluarga mereka yang tersayang.

Justeru, inilah masanya naratif mengenai arak ini wajar diubah, minuman memabukkan ini bukannya hak ekseklif mana-mana kaum ataupun bangsa tetapi sebaliknya jika memudaratkan sehingga menyebabkan kematian, ia wajar diharamkan atau setidak-tidaknya pengambilannya wajar dihadkan di tempat yang khusus sahaja dan jika tertangkap memandu di bawah pengaruh alkohol, terus akan dipenjara dan disebat walaupun pemanduannya tidak menyebabkan kemalangan.

Bagi pemandu mabuk yang menyebabkan kematian pula dijatuhkan hukuman gantung sampai mati agar menjadi iktibar bagi yang lain. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts