ANTARA TUTUP SEKOLAH TAHFIZ DAN TUNTUTAN IKTIRAF UEC

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Tidak ada angin masakan pokok bergoyang, begitulah perumpamaan yang sesuai buat Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan apabila secara tiba-tiba membuat cadangan tutup sekolah tahfiz yang mengundang kemarahan ramai.

Isu cadangan menutup sekolah tahfiz oleh Zainuddin Maidin ini sebenarnya tidak mempunyai asas apa-apa, tiada sebarang kajian mahupun bukti disertakan sekadar cakap-cakap netizen yang beliau terima pakai. Tentunya kerajaan tidak akan menerima pakai idea ini kerana hujahnya langsung tiada.

Itupun cakap-cakap netizen digunakan oleh beliau selepas mencadangkan penutupan sekolah tahfiz.

Ini bermakna hujah beliau selepas itu seperti eksploitasi pelajar untuk mengutip derma itu bolehlah kita abaikan.

Selain itu institusi sekolah tahfiz ini tidak meminta-minta pengiktirafan dan sebagainya. Tidak pernah meminta silibus mereka diiktiraf sekiranya ingin menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi, berbanding sesetengah golongan yang mendesak UEC diiktiraf dan boleh digunakan untuk kemasukan ke IPTA sejak sekian lama.

Sepatutnya Zainuddin Maidin berani meminta UEC tidak diiktiraf kerana kesannya lebih besar berbanding isu terpencil sekolah tahfiz. Namun jika beliau berpendapat sekolah tahfiz ini sebagai isu besar, sewajarnya beliau hadirkan bukti-bukti untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

Maka mudah undang-undang dikuatkuasakan agar pengendalinya dikenakan tindakan keras termasuk dipenjarakan. Tidak perlupun cadang sekolah tahfiz ditutup.

Atau Zainuddin Maidin sebenarnya mempunyai hasrat lain yang terselindung?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts