BEZA “PADA HEMAT YDP AGONG” DAN “PADA HEMAT MAHATHIR”

704
SHARES
3.9k
VIEWS

Selepas Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menemubual semua 222 Ahli Parlimen Malaysia, baginda berpuas hati Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti dan berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri.

Ketika itu pasti Baginda juga berpuas hati selain daripada Muhyiddin, individu lain yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri oleh blok Pakatan Harapan sama ada Tun Mahathir ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hemat baginda tidak mendapat sokongan majoriti dan tidak layak baginda beri perkenan sebagai Perdana Menteri.

Kemudian selepas itu, beberapa kali blok Pakatan Harapan membuat pengisytiharan mempunyai sokongan majoriti di samping tujuannya untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan sokongan terhadap Muhyiddin, terutamanya di mata penyokong-penyokong tegar mereka. 

Terkini mereka mendakwa mempunyai 129 sokongan Ahli Parlimen yang kononnya “pada hemat mereka” melayakkan Pakatan Harapan memenuhi mandat rakyat dan menjadi kerajaan.

Malangnya, dalam sistem unik negara kita melalui Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, selain “pada hemat YDP Agong”, ‘hemat’ pihak lain tidak mempunyai apa-apa erti malahan tidak terpakai di sisi Perlembagaan. Jika sudah meletakkan jawatan, perlu kepada perkenan YDP Agong barulah seseorang itu layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebagai contoh, Tun Mahathir yang ketika itu masih belum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh, beliau boleh dengan mudah melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikannya namun itu tidak berlaku. Selagi beliau masih Perdana Menteri, menurut hematnya jika Anwar layak, beliau boleh menyerahkan jawatan seperti dijanjikan.

Nemun persoalannya bukan kepada ‘batang tubuh’ Anwar itu sendiri yang “pada hemat Mahathir” tidak layak menggantikannya, tetapi pada hemat Mahathir hanya beliau sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri selama-lamanya selagi hayat dikandung badan.

Anwar pula tidak perlu berkecil hati ataupun merajuk apabila sejak 22 tahun dahulu iaitu sejak 1998 lagi Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatan kepadanya, kerana ini bukan mengenai persoalan Anwar, tetapi Mahathir itu sendiri yang bukan dalam kalangan Raja-raja apatah lagi YDP Agong, tetapi bersikap “Bersultan di mata, Baraja di hati”. Pada beliau, jawatan Perdana Menteri ini selayaknya untuk beliau anak beranak atau mereka yang mengikut telunjuknya sahaja yang layak.

Setelah tersalah langkah meletakkan jawatan, barulah beliau tersedar dan tersentak bahawa istilah “pada hemat” beliau itu tidak mempunyai erti apa-apa, malah Perlembagaan hanya mengiktiraf perkiraan, pertimbangan atau hemat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sahaja.

Namun beliau tetap tidak bermuhasabah diri atau akui usianya sudah sangat lanjut  yang mencecah 96 tahun pada 10 Julai depan, sudah tidak lagi relevan dalam lanskap politik negara apatah lagi menjadi pemimpin.

Tetapi beliau masih lagi kemaruk ingin berkuasa menjadi Perdana Menteri kesembilan, kerana pada hematnya selain beliau tidak ada sesiapapun yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts