SUHAIMI PECAT MAHATHIR, MARZUKI PECAT SUHAIMI

519
SHARES
2.8k
VIEWS

Krisis dalam Bersatu memuncak apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan keahlian dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta.

Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pemecatan tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima Ahli Parlimen itu pada Rabu lepas.

Menurut Suhaimi, keputusan itu dibuat atas alasan kelima-lima Ahli Parlimen tersebut enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Kemudiannya bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya pula bertindak memecat Suhaimi. 

Menurut Marzuki, pemecatan Mahathir dan empat Ahli Parlimen pro Mahathir itu sepatutnya dirujuk kepada lembaga disiplin dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti terlebih dahulu, namun perkara itu tidak dilakukan.

Dalam surat yang dihantar oleh Marzuki,  beliau berkata Suhaimi dipecat serta merta kerana pelanggaran etika kerja dan perlembagaan Bersatu.

Menurutnya, Suhaimi telah “membuat keputusan berhubung pentadbiran parti dan mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk saya terlebih dahulu selaku ketua pentadbir Ibu pejabat parti dan setiausaha agung parti yang sah.”

Sebagai rekod, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan dirinya sebagai pemangku Pengerusi parti dan kemudiannya menyingkirkan Marzuki sebagai Setiausaha Agung pada 18 Mac lalu.

Justeru itu, pemecatan siapakah yang sah? Bersatu wajar mencari jalan menyelesaikan kemelut ini dan ROS wajar menentukan siapakah teraju Bersatu yang sebenarnya dan selepas itu siapa yang tidak berpuas hati boleh mencabar keputusan ROS di mahkamah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts