COVID-19 HANYALAH ‘SECEBIS’ DARI MASALAH YANG LEBIH BESAR – PAKAR CHINA

447
SHARES
2.6k
VIEWS

Seorang ahli virologi China, Shi Zhengli yang terkenal melalui kajian coronavirus yang terdapat pada kelawar, berpandangan bahawa virus yang ditemui ketika ini hanyalah ‘secebis’ daripada keseluruhan masalahnya. 

Beliau mengatakan sedemikian dalam sebuah wawancara di televisyen negara China dan merayu kerjasama antarabangsa dalam memerangi wabak tersebut.

Beliau turut dikenali sebagai ‘bat woman‘ atau wanita kelawar China merupakan Timbalan Pengarah Institut Virologi Wuhan mengatakan penyelidikan mengenai virus itu memerlukan para saintis dan kerajaan bersikap telus dan saling bekerjasama dan beliau amat kesal kerana pandemik ini lebih banyak dipolitikkan ketika ini berbanding usaha bersama bagi memeranginya.

Sekiranya kita ingin mencegah manusia daripada menderita wabak penyakit berjangkit berikutnya, kita harus mengkaji lebih awal untuk mengetahui virus-virus yang tidak diketahui yang dibawa oleh binatang seperti ini agar peringatan awal dapat diberikan.”

Jika kita tidak mengkajinya, dikhuatiri kemungkinan akan wujud wabak yang lain.”

Sebagai rekod, ketika ini hubungan  China dengan Amerika Syarikat semakin renggang, apabila Donald Trump dan Setiausaha Negara Michael Pompeo, menuduh Covid-19 yang melanda dunia kemungkinan berkaitan dengan makmal di Wuhan.

China bagaimanapun telah menafikan tuduhan tersebut dan terkini WHO juga menolak kemungkinan yang menyangkal sebarang tuduhan bahawa Covid-19 berasal daripada makmal, yang membuktikan Amerika Syarikat hanya bertindak menuding jari  dan menyalahkan pihak lain apabila gagal membendung Covid-19 daripada awal.

Ketika ini pandemik Covid-19 telah menjangkiti lebih daripada 5.4 juta orang di seluruh dunia dan membunuh lebih dari 345,000 warga dunia. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts