MARUAH TUN MAHATHIR DIPIJAK-PIJAK DAP WALAUPUN SELEPAS BELIAU ‘MENSUCIKAN’ MEREKA

1.2k
SHARES
13.2k
VIEWS

Selepas saya membaca kenyataan pemimpin DAP (Ronnie Liu) ini, saya rasa maruah Tun Mahathir sendiri dipijak-pijak kerana baru sahaja Tun menulis panjang lebar untuk ‘mensucikan’ DAP dan yang lebih perit lagi ialah, Tun sanggup menghina bangsa Melayu hanya kerana mahu ‘mensucikan’ DAP.

Maka, terbukti dan terbongkarlah bahawa DAP sendiri tidak menghargai Tun pun. Mungkin benar juga kata-kata yang diungkapkan oleh Hew Kuan Yau satu ketika dahulu bahawa DAP hanya mahu pergunakan Tun Mahathir untuk memenangi pilihan raya sahaja. Sayapun tidak tahu apakah yang masih membuatkan Tun seolah-olah sangat terhutang budi pada DAP ini.

Dalam isu ini, kenyataan Ronnie Liu itu sendiri telah menjadi bukti bahawa apa yang berlaku kepada politik negara sekarang ini adalah salah Pakatan Harapan (PH) itu sendiri. Kenyataan Ronnie ini adalah terang dan jelas untuk membuktikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bukanlah satu perancangan dari pihak Muafakat Nasional tetapi adalah akibat tindakan Tun yang menyebabkan seluruh kabinet terbubar.

Yang Dipertuan Agong sendiri mendedahkan di dalam titah baginda bahawa Tun sendiri berkeras untuk meletakkan jawatan dan sudah pasti Tun tahu akibat yang akan ditanggung.

Maka, ini adalah logik yang sangat mudah untuk difahami bagi memahami sebab baginda melantik Perdana Menteri yang baharu. Oleh sebab itulah ratib-ratib ‘kerajaan pintu belakang’ adalah sangat hambar. Kenyataan Ronnie juga mendedahkan perasaan yang terpendam pemimpin DAP yang sejak sekian terhadap Tun, dan mungkin khabar angin bahawa DAP dan Tun sering kali ‘bergaduh’ adalah benar.

Walaubagaimanapun nasi sudah menjadi bubur kerana mereka sudah hilang sebuah peluang mentadbir kerajaan dan mendapat malu kerana mereka merupakan kerajaan yang paling singkat dalam sejarah. Tetapi, ada sesuatu yang pelik kerana DAP masih lagi duduk bersama Tun Mahathir.

Apakah budi yang DAP terhutang dengan Mahathir pula? Apa-apapun, saya menyeru agar Tun berhentilah bermain tarik tali dengan DAP ini kerana memang sudah terbukti mereka membenci Tun dan hanya mahu mempergunakan Tun sahaja.

Sudah-sudahlah Tun, insaflah dan minta maaflah kepada bangsa Melayu sebelum terlambat. Saya doakan pada hari terakhir Ramadhan ini, agar reputasi dan pengakhiran Tun dalam politik adalah satu pengakhiran yang baik kelak, mungkin belum terlambat lagi.

In sya Allah.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

23 Mei 2020

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/22/pemimpin-dap-salahkan-dr-m-punca-kerajaan-ph-tumbang/

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend