ALKISAH CEO ‘NASI GORENG’ DAN JHO LOW YANG LAPAR

608
SHARES
3.6k
VIEWS

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Jho Low sangat ‘rapat dan akrab’ kerana sepinggan nasi goreng yang dimasak oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB bernama Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Kisah menggelikan hati seperti kisah kartun dan jenaka sahaja tetapi inilah kenyataan saksi di mahkamah demi menyabitkan Najib dan Jho Low sebagai kenalan rapat.

Shahrol yakin 100 peratus Jho Low sangat baik dengan Najib apabila masakan nasi gorengnya diminta ‘tapau’ oleh Jho Low untuk dibawakan kepada Najib bagi menjamunya.

Sungguh ‘kartun’ seorang pegawai tinggi GLC bertaraf CEO boleh percayakan kisah sebegini yang sekali dengar boleh tahu kisah ini dibuat-buat atau hanya bergurau.

Lebih menggelikan hati apabila Shahrol mengemukakannya sebagai hujah di mahkamah selaku saksi, yang membuatkan beliau ditertawakan.

Shahrol mendedahkan bahawa beliau tidak menerima arahan daripada Najib secara terus tetapi melalui Jho Low. 

Saya mempercayai Low kerana tindakannya … Najib berada di sekitarnya sejak awal. Dia nampaknya mempunyai akses (kepada Najib).” 

Satu anekdot yang dapat saya berikan kepada mahkamah, saya terkenal membuat nasi goreng yang enak. Saya memberikan sebahagian kepada Jho Low, dan dia bertanya kepada saya apakah dia boleh membawa beberapa kepada Najib.” 

Namun peguambela Najib, Tan Sri Shafee Abdullah tidak yakin bahawa Najib benar-benar mencuba masakan Shahrol, sebaliknya nasi goreng tersebut yang kononnya akan diberi kepada Najib itu dimakan sendiri oleh Jho Low.

Shafee: Adakah Najib pernah berkata kepada anda “Shahrol, nasi goreng tu sedaplah”.

Shahrol: Tidak, beliau tidak pernah berkata demikian.

Shafee: Jadi anda mempunyai keyakinan yang penuh terhadap Jho Low. Tiada apa yang boleh membuatkan anda mempertikaikan beliau?

Shahrol: Ya.

Shafee: Pembantu saya baru mencatatkan nota, kerana berdasarkan bentuk badan Jho Low, kamu pasti tahu dia akan makan semua nasi goreng itu.

Shahrol: Saya akan buat satu (nasi goreng) untuk anda.

Lihatlah sendiri tahap ‘kecerdikan’ Shahrol menjawab soalan dalam mahkamah yang hanya memperlihatkan kebodohan dirinya kerana seperti hanya bergurau dengan rakan-rakan sepejabat ketika makan nasi goreng di restoran mamak.
Secara logiknya, jika Shahrol boleh menjemput dan memasak nasi goreng untuk Jho Low, ini jelas membuktikan beliaulah yang mempunyai hubungan baik dan rapat dengan Jho Low, bukannya Najib. Hubungan baik mereka bukan sahaja di pejabat malah sehingga di rumah. 
Tidak peliklah semuapun mudah ditipu oleh Jho Low, namun apabila dah tersepit dek kerana kebodohan sendiri, semua menuding jari kepada Najib, Najib – sedangkan semua mengaku menerima arahan terus daripada Jho Low dan bukan daripada Najib.
Jho Low ketika ini mungkin sedang ketawa berdekah-dekah sambil menekan perutnya tidak menyangka gurauannya ingin makan nasi goreng lebih dengan memberi alasan ingin serahkan kepada Najib, dipercayai oleh Shahrol. 
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts