JAWATAN YANG DIPERTUA NEGERI BUKAN DARIPADA KALANGAN ORANG POLITIK

1.2k
SHARES
5.9k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA 

1. TYT Tun Dr Mohd Khalil Yaacob akan tamat tempoh menjadi Yang DiPertua Melaka pada 4 Jun 2020. Sama ada akan disambung atau tidak, belum dapat dipastikan.

2. Ada beberapa nama disebut bakal menjadi Yang DiPertua Melaka sekiranya TYT Tun Khalil Yaacob mengambil keputusan bersuara. Nama nama yang disebut terdiri daripada tokoh-tokoh politik.

3. Parti PUTRA berpendapat amat wajar jawatan Yang DiPertua Melaka atau mana-mana negeri yang tidak beraja, diisi oleh bekas tokoh-tokoh perundangan, penjawat tinggi awam, tokoh kepolisian atau tokoh ketenteraan yang sudah bersara atau tokoh-tokoh ilmuan yang dihormati.

4. Amat wajar jika dielak bekas tokoh – tokoh politik kerana bekas tokoh-tokoh politik sebenarnya tidak sesuai mengisi jawatan Yang DiPertua Negeri atau Gabernor.

5. Sepatutnya mana-mana tokoh perundangan seperti mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz atau bekas Ketua Setiausaha Negara saperti Tun Ahmad Sarji, Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dr Arshad Ayub, tokoh pendidikan profesional dan ada lagi ramai tokoh-tokoh bukan politik yang boleh dipertimbangkan daripada berbagai latar belakang.

6. Tradisi melantik tokoh politik dari seorang bekas Menteri Besar atau menteri seolah-olah ia menjadi hak pusaka orang politik.

Pengiktirafan juga harus diberi kepada tokoh-tokoh yang berjasa dan dihormati daripada bukan kalangan tokoh politik. Yang DiPertua Negeri juga menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan duduk sebaris dengan Raja-Raja. Manakala Raja-Raja bukan terlibat dengan kegiatan politik dan bersemayam di singgahsana mewarisi takhta turun-temurun.

Hasrat ini disuarakan oleh parti PUTRA sebagai pendapat yang wajar diambil perhatian oleh pihak yang terlibat dalam urusan pelantikan Yang DiPertua Negeri.

Ia cadangan langkah ke hadapan untuk kecemerlangan budaya kepimpinan negeri dan negara.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

22 Mei 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts