KEPADA SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA

471
SHARES
5.2k
VIEWS

Di penghujung Ramadan yang mulia ini marilah kita mendoakan agar semua yang terlibat dalam polemik politik hari ini tanpa terkecuali dari parti atau NGO mana sekalipun, sama-sama muhasabah diri kita masing-masing dan fikirkan bahawa sebagai pemimpin dalam apa jua kapasiti diri kita ini, kita wajib akur kepada undang-undang tertinggi negara iaitu apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2. Selagi Kerajaan ini terbentuk secara sah dan mengikut garis-garis yang tidak melanggar peruntukan dalam Perlembagaan, maka semua kena akur, bahawa; KEPUTUSAN YDP AGONG ADALAH JELAS DAN MUKTAMAD. SESIAPA YANG INGKAR BERERTI DIA TELAH MENDERHAKA.

3. Mempertikaikan keputusan sah Yang Di-Pertuan Agong adalah menghina dan berlaku biadab terhadap Institusi Raja-raja Melayu. Perbuatan melampau seperti ucapan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat iaitu YB Xavier Jayakumar yang menyifatkan Sidang Parlimen pada hari Isnin kelmarin sebagai ‘rubbish‘ atau sampah dan tidak berguna adalah suatu kenyataan yang amat biadap dan tidak layak sebagai Ahli Parlimen.

4. Kenyataan penderhaka ini yang dibuat secara terbuka sebaik selepas selesai Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Persidangan Parlimen Keempat Belas dan Titah DiRaja KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 18 Mei 2020 kelmarin. Beliau secara jelas dan dengan sengaja telah membuat rakaman video yang di dalam ucapannya itu terdapat unsur-unsur menghasut rakyat membenci keputusan Yang Di-Pertuan Agong, dan perbuatan ini salah daripada aspek undang-undang.

5. MUAFAKAT yakin pihak berkuasa mengikuti perkembangan ini, berserta dengan beberapa laporan polis yang dibuat susulan daripada rakaman video tersebut. Justeru, MUAFAKAT juga menyeru semua pihak memberi kerjasama kepada pihak PDRM bagi melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara ini daripada huru-hara kerana sikap biadab seorang Ahli Parlimen yang celupar dan derhaka yang gopoh melulu membuat kenyataan penghinaan itu.

6. MUAFAKAT mendesak kerajaan hari ini supaya bertindak tegas bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk dan persefahaman rakyat berbilang kaum yang telah sekian lama terjalin agar terus terpelihara untuk kesejahteraan Negara dan Rakyat. Bagi tujuan itu maka hukuman selayaknya terhadap mereka yang derhaka tambah lagi pelakunya adalah seorang yang diamanah oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen ialah LUCUT KEWARGANEGARAAN.

7. Hukuman ini sejajar dengan peruntukan dalam Bab VI Kesalahan-Kesalahan Terhadap Negara, Perkara 121B: Kesalahan kesalahan terhadap kuasa Yang Di-Pertuan Agong, Raja dan Yang di-Pertua Negeri, dan jika beliau tidak bersetuju dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia beliau boleh keluar atau dihalau keluar dari negara ini. Ini lebih baik daripada membiarkan beliau terus-menerus menghasut rakyat membenci YDPA.

8. Kami dari MUAFAKAT berasa yakin seluruh rakyat yang memegang prinsip Rukun Negara pastinya mengharap dan menyokong segala usaha-usaha pihak keselamatan terutamanya PDRM dalam menjaga keadaan negara supaya terkawal. Kami juga yakin majoriti rakyat sudah tidak lagi mahu negara melalui sekali lagi keadaan atau suasana politik yang cemas dan membimbangkan hasil daripada sikap keterbukaan melampau oleh mereka yang menyalahgunakan pengertian hak asasi manusia.

9. Amat jelas sekali ucapan YB Xavier Jayakumar terdapat unsur-unsur MENGHASUT dan MENSABOTAJ kerajaan sah yang diperrkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Oleh itu, tanpa kompromi, kerajaan perlu bertegas terhadap Ahli Parlimen derhaka ini bagi mengelak daripada munculnya pemuka-pemuka terkemudian seperti ini dari kalangan Ahli-ahli Parlimen dan supaya selepas ini agar rakyat akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan terbuka.

10. MUAFAKAT berasa amat kecewa kerana ucapan sedemikian biadab datang dari seorang wakil rakyat yang tidak jelas, masih tidak faham peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan baru ini adalah KERAJAAN BAGINDA UNTUK RAKYAT! Baginda lakukan adalah demi memastikan kesejahteraan negara terkawal dan sentiada dalam keadaan selamat.

KEMBALIKAN SECARA WAJIB BAHAWA SEMUA URUSAN KERAJAAN ADALAH URUSAN SERI PADUKA BAGINDA!

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend