PENULIS BUKU MALAY DILEMMA ADALAH PEMBOHONG NOMBOR SATU NEGARA

3.1k
SHARES
6k
VIEWS

Saya penyokong kuat Tun Mahathir semenjak tahun 1981.

Saya sokong kerajaan 2 M. Mahathir dan Musa, sehingga ia rebah pada tahun 1986.

Ku Li lawan Tun Mahathir pada tahun 1987, saya tetap sokong Tun Mahathir.

PILIHAN RAYA UMUM KE-14 – 2018:

Kalau hendak cerita mengenai sokongan saya terhadap Tun Mahathir, dua hari tiga malampun tidak habis.

Tetapi, saya hilang hormat kepada Tun Mahathir semenjak selepas Pilihan Raya Umum ke-14, tahun 2018.

Saya hilang hormat apabila Tun Mahathir menggadaikan maruah orang Melayu, bekerjasama dengan parti DAP bagi memastikan UMNO terbunuh di dalam PRU ke-14.

Tun Mahathir berbohong kononnya, mahu menjatuhkan Najib Razak yang rasuah dan perompak duit rakyat melalui 1MDB.

Sedangkan Tun Mahathir gunakan isu 1MDB dan isu Najib rasuah untuk kembali jadi Perdana Menteri kali ke-2.

Rakyat tidak tersinggungpun melihat anak-anak dan cucu-cucu Tun Mahathir hidup mewah dengan kapal layar.

Bercuti di luar negara setiap tahun secara mewah.

Rakyat tidak pernah mempersoalkan dari mana anak-anak Tun boleh memperolehi kekayaan yang luar biasa ini.

TUN SEORANG PEMBOHONG:

Tun seorang yang kuat bohong. Habis rakyat kena bohong dengan pelbagai helah dan strategi yang diguna pakai oleh Tun untuk kekal jadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahimpun, Tun bohong.

Anwar tidak dapat jadi PM kerana Tun bohong.

Dari awal lagi memang Tun tidak mahu bagi Anwar jadi PM.

Azmin Ali juga tidak mahu bagi Anwar jadi PM kerana Azmin sudah hilang kepercayaan kepada Anwar.

Tun Mahathir pembohong nombor satu.

Tun berjaya bohong dan lagakan Musa Hitam dengan Ku Li. Tun kekal PM lama sedikit.

Tun berjaya bohong dan lagakan Anwar Ibrahim dengan Azmin, Tun berjaya jadi PM 22 bulan.

TUN KATA MELAYU PEMALAS:

Satu negara percaya cakap Tun, Melayu itu pemalas.

Tun kata, Melayu sudah tidak perlu tongkat.

Satu negara percaya, Melayu tidak perlukan tongkat.

Yang menghairankan kenapa Tun tetap bagi Tan Sri Vincent Tan (saudagar Cina kaya) tongkat.

Sehinggakan dari seorang millionaire, Tan Sri Vincent sudah jadi billionaire. 

TUN BOHONG KATA GUAN ENG DAN DAP TIDAK CONTROL PM:

Tun bohong kata Guan Eng dan DAP tidak menguasai atau control Tun sebagai PM.

Hakikatnya, penjawat awam yang maklumkan memang benar Guan Eng dan DAP control Tun ketika beliau jadi PM.

Habis kertas Kabinet dari MOF dibawa ke Kabinet tanpa kelulusan KSP.

Habis semua kertas Kabinet bertujuan menjual harta dan aset terbaik negara di dalam Tabung Haji dan lain-lain aset, dibawa oleh Menteri Kewangan untuk kelulusan Kabinet.

Tun biarkan sahaja Guan Eng buat sesuka hati beliau sebagai Menteri Kewangan.

Salahkah rakyat, bila perubahan kerajaan ini?

Rakyat suka dan approved cara PM Tan Sri Muhyiddin Yassin tangani pandemik Covid-19.

Nyawa rakyat terancam, Perdana Menteri TSMY selamatkan.

Rakyat bersyukur diselamatkan.

Salahkah rakyat mahukan kerajaan baru dan PM TSMY dikekalkan, agar kita lawan Covid-19 habis-habisan dan stabilkan semula ekonomi negara.

RAKYAT MEMERHATI PERKEMBANGAN TERKINI INI:

Setuju dengan ucapan YDP Agong di Dewan Rakyat semalam, kurangkan politik. Jangan heret rakyat ke dalam kemelut politik yang lebih parah.

Pulihkan rakyat.

Pulihkan ekonomi.

Pulihkan negara.

Salam,

RAKYAT MARHEIN

19 Mei 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts