RAKAMAN SUARA MAHATHIR BERNIAT KELUAR PAKATAN HARAPAN PULA TERBONGKAR

698
SHARES
4.1k
VIEWS

Sehari dua ini pelbagai rakaman suara ditularkan termasuk rakaman penuh lebih dua jam mesyuarat terakhir Majlis Pakatan Harapan yang penuh kontroversi pada Jumaat, 21 Februari lepas. 

Kali ini tular pula rakaman suara dipercayai suara Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu masih menjawat jawatan Perdana Menteri ketujuh.

Rakaman tersebut jelas menunjukkan kerjasama yang ingin dijalankan termasuk bersama UMNO di mana ia membuktikan rancangan keluar daripada Pakatan Harapan ini datangnya daripada Tun Mahathir sendiri atau setidak-tidaknya mendapat restu daripada beliau. 

Rakaman suara tersebut didakwa daripada mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi, 23 Februari lepas.

Menerusi rakaman audio tersebut, lelaki berkenaan yang dipercayai Pengerusi Bersatu itu kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat tersebut.

Antara keputusan itu adalah ahli MPT sebulat suara bersetuju untuk parti tersebut keluar daripada Pakatan Harapan  pada 23 Februari.

Selain itu, suara dalam rakaman itu turut menyatakan bahawa beliau tidak suka kepada DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan… (dan) satu cadangan lagi yang datang daripada saya (dipercayai Dr Mahathir) ialah kita tunggu (dan) fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.”

Jadi, saya nak tahu sama ada kita nak keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from UMNO is so fickle (sokongan daripada UMNO adalah berubah-ubah). Kalau bagi masa sikit saja dia (UMNO) nanti suka kat saya.” 

Jadi, tak ada kelainan cuma saya pun tak suka kepada DAP, (dan) tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam tu, tapi semua itu soal masa saja nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini,” – suara yang dipercayai Tun Mahathir serta kedengaran suara lain bersetuju agar tindakan diambil pada hari tersebut.

Rakaman ini secara tidak langsung jelas membersihkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dituduh oleh kem Mahathir dan Pakatan Harapan kerana membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, sebelum ini pentadbiran Tun Mahathir tidak menghormati privasi perbualan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan beberapa individu sedangkan ketika itu beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri Keenam, dengan tujuan untuk menganiaya dan memalukannya. 

Kali ini senjata makan tuan apabila rakaman beliau sendiri yang ketika itu masih berjawatan Perdana Menteri pula ditularkan.

Lebih malang apabila terbongkar kehendak dan niat beliau yang menunggu masa terbaik untuk Bersatu keluar sebelum bertindak u-turn, antaranya apabila dipujuk oleh Mukhriz dan Marina agar tetap kekal bersama Pakatan Harapan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts