TERUSKAN MENYOKONG PAKATAN HARAPAN JIKA ANDA RELA DAN REDA…

5k
SHARES
27.2k
VIEWS

1. Perlembagaan dipermainkan, dicari jalan untuk engkar dan tidak patuh Perlembagaan negara yang menuntut setiap warganya

2. Agama Islam, Raja-raja Melayu, agenda Melayu dan Bumiputera, tulisan Jawi, bahasa Melayu, tanah rizab dan entiti-entiti Melayu lainnya diinjak-injak dan dilekeh-lekehkan

3. Perjanjian demi perjanjian melibatkan Raja-raja Melayu cuba diratifikasikan sehingga mencetuskan demonstrasi besar-besaran demi menghalangnya

4. Aset-aset negara terus dijual secara lambak, tidak kiralah dengan harga yang murah ataupun mahal

5. Aset-aset milik Melayu Islam dijual sewenang-wenangnya, dipindah milik sesuka hati, tidak kiralah alasannya untung ataupun rugi, sehinggakan tergadai puluhan ribu hektar tanah sawit ke entiti bukan Islam

6. Pegangan saham syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam syarikat-syarikat pelaburan dan perniagaan dilepaskan, tidak kiralah kepada sesiapapun atau negara mana sekalipun yang membelinya

7. Pematuhan undang-undang atas prinsip rule of law hanya meniti di bibir sahaja, tidak kira pemimpin atau penyokong Pakatan Harapan, semua boleh, sah dan tidak salah jika kena atas batang hidung mereka

8. Penghinaan terhadap agama Islam dan bangsa Melayu diremehkan, sebaliknya jika agama dan bangsa lain ‘tercuit’ sedikit maka akan dibesar-besarkan seolah-olah berlakunya penindasan terhadap kaum minoriti oleh kaum majoriti 

9. Berlakunya “playing as a victim” oleh kaum tertentu yang tidak berkesudahan kononnya hak mereka ditindas, dipaksa tukar agama, sedangkan ia tidak berlaku, lebih buruk pelaku utamanya diberi jawatan menteri

10. Kematian anggota keselamatan tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya jika Peguam Negara berat sebelah dan tidak berlaku adil

11. Pengganas seperti komunis dan LTTE disanjung dan diangkat, tentera yang berkorban pula dihina hanya makan dan tidur

12. Sejarah negara diubah dengan memasukkan elemen pengganas komunis itu sebagai hero dan pejuang kemerdekaan, seolah-olah tentera dan polis yang memerangi mereka itu pula terlihat sebagai pengganas

13. Cadangan-cadangan yang dikemukakan amat memalukan dan menggelikan hati, sehinggakan rakyat sendiri tidak sangka ia diutarakan oleh Perdana Menteri ataupun menteri kabinet

14. Cakap tidak serupa bikin, lain yang dicakap lain yang dibuat

15. Apa sahaja yang dilaksanakan pula belum tentu sahih, esok lusa akan uturn kembali, rakyat menanti dalam debaran

16. Menteri yang dilantik dalam kalangan mereka yang tidak layak, bukan sahaja tidak layak malah sudah sampai ke tahap merendah-rendahkan intelektualiti rakyat apabila kerap memberi cadangan di luar logik akal manusia waras

17. Lawak secara harian yang menutup peluang pelawak tanahair negara apabila pemimpin politik bertukar menjadi ‘pak lawak’

18. Manifesto bukan lagi tumpuan untuk dicapai namun hanyalah retorik semata-mata yang sememangnya dibuat bukan untuk ditunaikan, atas alasan bodoh iaitu tidak menyangka akan menang pilihan raya umum

19. Bantuan rakyat terendah dan sukar, contohnya hanya beri RM30 Itupun macam tidak ikhlas, diwajibkan melalui e-wallet yang memberi keuntungan kepada syarikat pengendali 

20. Data rakyat diserahkan kepada pihak ketiga dan pihak itu pula mendapat keuntungan daripada program tersebut yang kononnya untuk rakyat, malah diburukkan lagi apabila diberi kepada negara luar – contohnya program insurans MySalam

21. Negara berterusan membuat pinjaman daripada negara luar, sedangkan kewangan negara masih kukuh dan tidak memerlukan pinjaman

22. Fitnah dan penipuan akan kembali berleluasa, bahkan tidak malu menipu dalam Parlimen

23. GLC dan Yayasan diterajui oleh lantikan politik yang tidak layak – isunya bukan tidak boleh melantik ahli politik selagi mereka itu berkebolehan dan berpengalaman, namun isunya mengenai lantikan politik yang langsung tidak layak dan tiada kena mengena  dengan GLC atau Yayasan tersebut, contohnya seorang blogger dilantik sebagai Lembaga Pengarah Petronas, penganjur program orang Islam memegang anjing dilantik Lembaga Pengarah Yayasan

24. Berterusan ditipu dengan ‘formula-formula ajaib’ mengenai ekonomi negara dan cara menurunkan harga minyak sehinggakan hampir melumpuhkan negara apabila cukai telus dihapuskan di ganti semula dengan cukai tidak telus 

25. Peniaga-peniaga kaya dapat lari dan tidak membayar cukai, sebaliknya rakyat marhaen selaku pengguna terakhir (end user) tetap membayar cukai seperti ditetapkan

26. Gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan, apabila harga telur berjaya diturunkan 2 sen, riuh sekampung seolah-olah kejayaan yang besar telah dicapai

27. Rakyat dan penjawat awam berterusan dicemuh sebagai ‘penagih subsidi’, pemalas, deep state dan pelbagai lagi tuduhan yang menyakitkan hati 

28. Bantuan kepada rakyat dikurangkan, rakyat diminta ikat perut, dalam masa yang sama elaun pemimpin dinaikkan, pencen diberi walaupun berkhidmat cukup hanya sepenggal

29. Perkhidmatan yang boleh membantu rakyat pelbagai lapisan disukarkan seperti ehailing sedangkan ia boleh menyelesaikan masalah pengangguran, pemberhentian kerja mendadak serta mencari wang saku tambahan, malah boleh membantu rakyat pasca PKP jika dimudahkan kembali seperti dahulu

30. Masih tidak jemu dan meluat dipolemikkan dengan perebutan kuasa tidak berkesudahan dan memualkan yang seolah-olah hanya akan berakhir apabila pelakunya meninggal dunia

Serta pelbagai lagi contoh-contoh lain yang boleh disenaraikan namun jika ada yang tidak nampak, tidak sedar, selagi itulah mereka akan berterusan diperdaya dan dimanipulasi.

Bagi mereka yang masih bersama Pakatan Harapan dan ‘bersangka baik’ dengan mereka, sebenarnya mereka ini berada dalam ‘kluster penyokong tegar’.

Apa sahaja Pakatan Harapan buat adalah ‘madu’ bagi mereka walaupun ia sebenarnya adalah ‘racun’, sehinggalah terkena atas batang hidung sendiri barulah mereka rasa hendak marah dan meroyan tidak tentu hala.

Ketika itu menyesalpun sudah tidak berguna.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts