INI SEMUA MEMANG SALAH NAJIB!

3.5k
SHARES
20.3k
VIEWS

Kemelut di Kedah berakhir apabila ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar ke-14 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan awal hari ini apabila kehilangan sokongan majoriti.

Mukhriz turut menyalahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai bertanggungjawab di sebalik peletakan jawatannya walaupun umum tahu Najib tidak berperanan secara langsung ataupun tidak dalam hal ini.

Namun sudah menjadi tradisi Pakatan Harapan yang akan menyalahkan orang lain termasuk rakyat apabila gagal membuat atau melaksanakan sesuatu kerana terlalu angkuh dengan beranggapan mereka sentiasa betul dan suci murni tanpa kesalahan.

Ramai juga pihak yang beranggapan perkara ini berlaku iaitu tumbangnya Pakatan Harapan dan terkini isu Mukhriz yang kali kedua ‘ditendang’ keluar sebagai Menteri Besar Kedah berlaku selepas Najib membuat sumpah laknat pada 20 Disember lepas apabila difitnah lagi berkaitan isu pembunuhan Altantuya.

Hanya selepas kira-kira dua bulan melafazkan sumpah laknat tersebut, satu persatu masalah melanda Pakatan Harapan sehingga akhirnya percaturan politik yang dibuat Tun Mahathir akhirnya memakan diri dan sekaligus menumbangkan Pakatan Harapan.

Walaupun Tun Mahathir terkenal sebagai perancang dan strategist hebat dalam politik namun akhirnya seperti pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain, seperti dibodoh-bodohkan dan kerap membuat kesilapan yang memalukan.

Klimaks atau kemuncak kepada kebodohan dan kesilapan Pakatan Harapan ini ialah apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan walaupun secara logiknya beliau tentu tahu tindakan beliau akan menumbangkan Pakatan Harapan yang amat dicintainya.

Maka jelaslah bahawa ini semua adalah salah Najib yang dianiaya termasuk sehingga rumahnya digeledah pada malam 1 Ramadan selepas selesai beliau menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Baru, sehingga beliau difitnah dan melafazkan sumpah laknat.

Mungkin inilah yang Mukhriz maksudkan iaitu apabila doa seorang yang dianiaya dan kesan daripada Najib melafaz sumpah laknat, maka Pakatan Harapan termasuk bapa dan beliau sendiri kini kehilangan jawatan.

Maka sesiapa yang ingin menganiaya dan memfitnah mana-mana individu selepas ini wajar berhati-hati, bukan sahaja di akhirat, malah di dunia juga Allah Taala boleh zahirkan.

Wallahualam.

Baca berita selanjutnya di;
https://editormalaysia.com/15186/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts