“SEMUA SALAH NAJIB” – ISHAM JALIL

1.2k
SHARES
7.3k
VIEWS

Tadi Mukhriz Mahathir berkata dia jatuh sebagai MB Kedah kali ini sebab Dato’ Seri Najib.

Dia kata Najib adalah watak utama atau ‘protagonist’ sebenar di belakang kejatuhannya.

Saya ingin sarankan kepada Mukhriz dan ayahnya supaya cari skrip lainlah, skrip “semua salah Najib” ini sudah basi.

Seperti yang saya sebut sebelum ini, Najib bukan lagi Perdana Menteri ataupun Presiden UMNO.

Dan yang keluar parti dan menyebabkan Kerajaan PH Kedah jatuh itu adalah ADUN-ADUN PKR, bukan ADUN UMNO.

UMNO cuma ada dua orang ADUN sahaja dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

Hamzah Zainuddin yang dikatakan Mukhriz menjadi dalang kejatuhannya, adalah Setiausaha Agong Bersatu, bukannya UMNO.

Sebenarnya ia adalah salah Mukhriz sendiri dan Mukhriz perlu bertanggungjawab dan menerima hakikat.

Hakikatnya rakyat Kedah selalu lihat Menteri Besarnya selalu balik ke KL seakan Mukhriz tidak selesa duduk di Kedah.

Dan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat Kedah juga tidak diberi secara sama rata malah seumpama ada pilih kasih.

Mukhriz juga yang ingin bertanding jawatan Presiden Bersatu mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

Dan ayah Mukhriz iaitu Mahathir pula membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin di Parlimen.

Ini semua tentunya mengundang tindak balas setimpal yang sepatutnya telah diagak oleh Mukhriz dan Mahathir.

Bagaimana pula tiba-tiba Najib juga yang salah?

Jika kita bergantung dan percaya kepada Mahathir, anaknya dan konco-konconya, maka mengikut mereka tentunya tidak kiralah walaupun tiada bukti, tiada fakta atau tiada angin dan sebagainya, apa-apapun Najib tetap salah dalam apa-apa pun hal.

Rupa-rupanya dua orang anak beranak ini iaitu Mukhriz dan ayahnya Mahathir masih takut dengan bayang-bayang Najib.

Mengigaupunpun mungkin teringat Najib.

ISHAM JALIL

17 Mei 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/719842848771242/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts