SULTAN KEDAH SELESAI MENEMUBUAL 23 ADUN PERIKATAN NASIONAL, 13 ADUN PAKATAN HARAPAN

1.8k
SHARES
7.6k
VIEWS

Kemelut di Kedah dijangkakan akan berakhir tidak lama lagi dengan memberi isyarat akan tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional selepas Johor, Melaka dan Perak.

Sesi temu bual tersebut yang dikendalikan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bagi memastikan pihak mana yang memperoleh majoriti sokongan ADUN bagi membentuk kerajaan negeri. 

Temu bual tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu satu di sebelah pagi yang dihadiri oleh 23 ADUN Perikatan Nasional manakala sesi di sebelah petang pula dihadiri oleh 13 ADUN Pakatan Harapan diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Indikator amat jelas menunjukkan bahawa Mukhriz akan kehilangan ‘kerusi empuk’ Menteri Besarnya buat kali kedua yang merupakan ‘kesan rantaian’ akibat daripada kesilapan bapanya sendiri iaitu Tun Mahathir yang meletakkan jawatan Perdana Menteri hingga menyaksikan Pakatan Harapan yang diketuainya tumbang hanya selepas 22 bulan memerintah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts