KAMI JELIK DENGAN MAKI HAMUN TUN TERHADAP ORANG MELAYU

3.8k
SHARES
16.4k
VIEWS

Sejujurnya, bukankah Tun Dr. Mahathir sendiri yang mula-mula sekali khianat terhadap amanah yang diberikan rakyat, apabila Tun sengaja melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, kemudian terpaksa dilantik semula sebagai Perdana Menteri Interim, namun Tun tetap juga gagal melaksanakan apa-apa yang bermanfaat kepada rakyat.

2. Dalam keadaan negara saat ini sedang berkecamuk dengan pelbagai masalah selain ketidakstabilan ekonomi, bertambah pula dengan pandemik Covid-19 berpunca dari kealpaan kerajaan Pakatan Harapan apabila membenarkan tiga pelancong China yang positif coronavirus masuk ke dalam negara.

3. Dalam keadaan ‘terdesak’ ini, telah memaksa YDPA memanggil semua Ahli Dewan Rakyat seorang demi seorang bagi mendapatkan pengesahan bakal Perdana Menteri dan berkesudahan bila majoriti setuju memberi mandat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM, mengikut peruntukan yang ada dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan supaya beliau boleh bertindak segera menyelamatkan negara dari kerosakan yang lebih parah jika masalah pelantikan PM tidak diselesaikan segera.

4. Jikalau Tun Dr. Mahathir tidak letak jawatan, semua ini tidak akan berlaku, tetapi kini Tun pula yang mengemukakan usul tidak percaya terhadap PM lantikan YDPA, tidakkah itu perbuatan menderhaka? Mengapa Tun letak jawatan sebelumnya, kemudian minta semula? Bukankah Tun lakukan perkara drastik itu kerana hendak mengelak penyerahan PM kepada Anwar Ibrahim seperti yang telah Tun janjikan?

5. Apapun rakyat sudah jelik dan berasa bosan dengan mainan politik yang tiada berkesudahan selagi ada Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mengungkap kembali kata-kata Anwar Ibrahim: “cukup-cukup le tu…”. Rakyat juga telah bosan dan mual dengan segala drama politik di kala pandemik Covid-19 ini.

6. Cukuplah, hentikan mencipta drama palsu semata-mata mengejar kepentingan diri masing-masing, slogan ‘mandat rakyat’ hanyalah retorik seperti menadah tempurung simpati dari rakyat tetapi apabila mendapat kuasa tempurung dilontar ke kepala pengundi. Catatan sejarah menjadi bukti apabila kuasa berada di tangan Tun, orang Melayu dijadikan bahan kutukan: orang Melayu mudah lupa, orang Melayu bodoh, orang Melayu pemalas, orang Melayu mahu ditongkat dan berbagai lagi.

7. Betul kata Tun: Melayu bacul kerana tidak boleh menerima DAP. Tetapi tahukah Tun bahawa mereka yang bacul ini semuanya ada di sekeliling Tun, mereka bacul kerana tunduk dan mengikut telunjuk DAP. Mereka tidak berani bersuara mempertahankan agama apabila Islam dihina, mereka hilang maruah apabila hak orang Melayu dihakis. Mereka inilah Melayu Barua, senyap sepi apabila institusi Raja-raja Melayu dicabar. Kami orang Melayu bermaruah apabila seringkali bangkit menentang mereka yang melanggar hak orang Melayu dalam Perlembagaan.

8. Zaman berubah, dan Tun harus sedar bahawa minda rakyat juga turut berubah. Generasi sekarang tidak jumud, kecanggihan teknologi pantas menyalur maklumat terkini amat jauh berbeza dengan zaman Tun muda. Tun sekarang sudah terlalu tua, begitu jua Anwar Ibrahim. Eloklah keduanya berehat dengan tenang menunggu hari kematian yang pastinya diingati oleh semua, bergenerasi lamanya.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts