TINDAKAN KURANG BIJAK MAHATHIR LETAK JAWATAN, NASIB MUKHRIZ KINI DALAM TARUHAN

3.3k
SHARES
19.6k
VIEWS

9 Mei bagi Pakatan Harapan ialah tarikh keramat. Tarikh yang diagung-agungkan. Tarikh yang disambut kononnya kerana berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dituduhnya kleptokrat.

Jika pada 9 Mei 2018 Pakatan Harapan disanjung sebagai hero bagi penyokong tegar mereka tetapi pada 9 Mei 2020 mereka bukan lagi kerajaan, apabila terhumban secara automatik dek kerana tindakan kurang cerdik Tun Mahathir meletakkan jawatan. 

Tiada penjelasan logik dan rasional boleh difikirkan kenapa Tun Mahathir meletakkan jawatan setelah beliau sendiri yang menggerakkan usaha untuk ‘menendang’ keluar Anwar Ibrahim dengan bergabung bersama Muafakat Nasional membentuk kerajaan kerana tidak mahu atau takut Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikannya.

Bukan rahsia lagi beliau inginkan Azmin Ali menggantikan beliau bahkan dalam kem Bersatu sendiri berusaha untuk menjadikan hasrat Tun Mahathir ini suatu realiti walaupun segelintir daripada mereka tidak bersetuju kerana membelakangkan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu apatah lagi Azmin ini ‘orang luar’.

Tetapi di akhir rundingan beliau menukar fikiran setelah dipujuk atau dihasut oleh anaknya Marina dan Mukhriz, yang menunjukkan Mahathir sudah tidak boleh berfikir dengan rasional lagi dan tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana asyik mendengar cakap-cakap keluarga dan kroninya sahaja. 

Klimaksnya Tun Mahathir mengambil keputusan sangat bodoh dengan meletakkan jawatan sekaligus membuatkan tumbangnya Pakatan Harapan, yang membuka laluan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri tanpa diduga. 

Jika sebelum ini Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kini beliau menjadi Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah iaitu hanya selama 22 bulan, tentunya beliau sehingga kini amat kesal dan hiba kerana tersilap langkah menjatuhkan kerajaannya sendiri.

Hari ini hasil setelah beberapa hari menyambut tarikh keramat 9 Mei, hasil dari tindakan kurang bijaknya itu bakal memperlihatkan anak kesayangannya pula iaitu Mukhriz bakal terhumban sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua. Jika sebelum ini negeri Johor, Melaka dan Perak tumbang, negeri Kedah pimpinan Mukhriz pula kini dijangka menyusul seawal minggu depan.

Selain berdasarkan jumlah kerusi dimiliki Perikatan Nasional ketika ini  yang dikatakan sudah mencukupi selepas mendapat sokongan daripada wakil rakyat Bersatu, 15 kerusi PAS dan 2 kerusi UMNO, terkini dua ADUN PKR pro Azmin iaitu Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasarudin (Lunas) menarik sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan (PH).

Dengan senario terkini maka jawatan Menteri Besar Mukhriz seumpama telur di hujung tanduk, manakala Tun Mahathir pula tentu akan ‘mengamuk sakan’ – walaupun hakikatnya ini hasil dari kesilapannya sendiri. 

Apatah lagi tinggal beberapa hari akan berlangsung Sidang Parlimen pertama pasca PRU-14 yang memperlihatkan Pakatan Harapan kembali duduk di barisan pembangkang, tentunya Sidang Parlimen sehari itu bakal hangat, dengan pelbagai kontroversi yang akan dicipta Pakatan Harapan yang sebegitu ‘meroyan’ setelah ditumbangkan oleh Perdana Menteri mereka sendiri.

Perdana Menteri dan Perikatan Nasional perlu jangkakan ‘kekacauan’ yang akan berlaku di Sidang Parlimen kelak, apatah lagi usul yang ingin dibawa Pakatan Harapan sebelum ini telahpun ditolak Speaker kerana tidak menyalahi peraturan Dewan.

Kita tunggu apa langkah Pakatan Harapan seterusnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts