KEPADA MAHATHIR DAN ANWAR BERKENAAN MUKHRIZ

2.4k
SHARES
13.9k
VIEWS

Hari ini Mukhriz Mahathir akan ditolak sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali yang kedua.

Kali ini dua ADUN PKR telah menarik balik sokongan kepada Mukhriz menjadikan Mukhriz tidak lagi mendapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kedah lantas tidak layak menjadi Menteri Besar.

Jika Mukhriz tidak mampu untuk menjaga negerinya dan ditolak sebanyak dua kali setelah dilantik sebagai Menteri Besar, bagaimana dia berdaya untuk jadi Presiden Bersatu lantas Perdana Menteri Malaysia seperti yang dimahukan oleh ayahnya Tun Mahathir?

Selama ini walaupun berkali-kali kalah dalam pemilihan parti, Mukhriz dibawa naik dan dilindung oleh ayahnya Tun Mahathir.

Namun sampai bila Tun Mahathir ingin melindungi anaknya yang tidak berdaya dalam politik?

Jawatan kerajaan bukan untuk diberi turun temurun seperti syarikat keluarga atau harta pusaka.

Sebab jika anak itu tidak berdaya mengurus politik dan mentadbir, rakyat yang akan menjadi mangsa.

Saranan saya buat ayah kepada Mukhriz iaitu Tun Mahathir, sudah tiba masanya untuk Tun membiarkan Mukhriz berdiri di atas kaki sendiri.

Jika dia tidak mampu, tidak adil kepada rakyat dan negara untuk Tun memaksanya naik juga.

Usahlah melawan takdir.

Kepada Anwar Ibrahim pula, lebih baik anda lihat sahaja dua ADUN PKR tersebut menarik sokongan daripada Mukhriz dan biarkan sahaja Mukhriz jatuh, walaupun ADUN-ADUN ini adalah orang Azmin.

Sebab jika Mukhriz naik, anda akan ditipu sekali lagi oleh Mahathir dan anda selamanya tidak akan jadi Perdana Menteri.

ISHAM JALIL

12 Mei 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/716387672450093/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts