SEDIKIT ULASAN KEMELUT PELANTIKAN SPEAKER DUN MELAKA YANG BAHARU

426
SHARES
4.5k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

1. Kerajaan PH Melaka tumbang bersama tumbangnya kerajaan PH di peringkat Persekutuan pada Februari 2020. Kerajaan negeri Melaka yang baharu pula ditubuhkan pada awal Mac 2020 dan Ketua Menteri kerajaan baharu mengangkat sumpah minggu berikutnya.

2. Ini dilakukan setelah Tuan Yang Di Pertua (TYT) Negeri Melaka berpuas hati gabungan UMNO, BERSATU dan ADUN Bebas mempunyai majoriti yang cukup untuk menubuhkan kerajaan (17 orang ADUN). Pakatan Harapan hanya mempunyai 11 ADUN. Jelas bilangan 17 orang ADUN adalah lebih banyak dari 11 orang ADUN.

3. Hari ini, apabila YAB Ketua Menteri Melaka membawa usul untuk menukar Speaker DUN lantikan PH, Speaker DUN lantikan PH menolak usul tersebut. Speaker lantikan PH hanya ada 11 ADUN yang menyokong beliau sekiranya usul tersebut diterima. Usul yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka pula mempunyai bilangan 17 ADUN menyokong (termasuk Ketua Menteri yang membawa usul).

4. Dalam mana-mana kiraan matematik, tentunya bilangan 17 adalah lebih besar dari 11. Apabila angka 17 lebih besar dari 11, maka 17 mempunyai majoriti untuk meneruskan sidang DUN walaupun tanpa Speaker. Peraturan membenarkan. Setiausaha DUN boleh memanggil sidang DUN dan meminta pihak yang mempunyai majoriti menamakan Speaker sementara dari kalangan 17 ADUN tersebut.

11 orang ADUN PH tidak masuk ke sidang DUN walaupun mereka tahu Setiausaha DUN telah memanggil semula sidang pada hari ini. Ini mungkin disengajakan demi menjaga air muka mereka yang tidak mempunyai majoriti. Seperti biasa, mereka mahu kelihatan menjadi mangsa, sedangkan pihak mereka sendiri yang tidak mempunyai majoriti.

5. Setelah Speaker sementara dilantik dari kalangan ADUN kerajaan yang 17 orang itu, Speaker sementara boleh membuka cadangan untuk DUN mencadangkan nama Speaker yang baharu. Speaker yang bakal dicalonkan boleh dicadangkan dari kalangan bukan ADUN. Dalam hal ini, nama Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh telah dicadangkan menjadi speaker DUN Melaka.

6. Nama Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh telah disokong oleh 16 ADUN kerajaan (seorang ADUN kerajaan diberitakan tidak hadir). Maka Datuk Seri Ab. Rauf telah dilantik sebagai Speaker DUN Melaka berkuatkuasa hari ini. Proses pelantikan ini jelas mengikut lunas peraturan kerajaan negeri Melaka dan ia adalah sah di sisi undang-undang.

7. Jadinya, dari sudut mana pembangkang DUN Melaka yang 11 orang ini mengatakan mereka tidak mengiktiraf Datuk Seri Ab. Rauf yang dilantik hari ini? Memang gila apabila minoriti terjerit terlolong mempertikaikan majoriti. Seperti sengaja mahu memanjangkan isu kerana PH suka hidup atas isu.

Dalam kamus mereka, tiada perkataan ‘mendahulukan rakyat’. Yang ada hanyalah mendahulukan kepentingan diri sendiri. Kerana itu mereka terus gila mempertahankan jawatan walaupun telah hilang majoriti di DUN.

Dalam kemelut ini, sifirnya jelas, angka 17 adalah lebih besar dari angka 11…

Itu saja yang nak diberitahu….

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend