SOP ZIARAH HARI RAYA KETIKA PKPB

504
SHARES
4.9k
VIEWS

Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.”

Setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini.

Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir.” – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Nuzul Quran dan juga mengenai makluman terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Justeru Perdana Menteri telah Ingatkan lebih awal dengan mematuhi semua arahan seperti elakkan ke tempat yang bertutup, sesak atau menjadi tumpuan, memastikan penjarakan sosial serta kebersihan diutamakan dengan sentiasa menggunakan sabun atau hand sanitizer.

Walaupun kita bersedih kerana solat sunat Aidilfitri dan hajat pulang ke kampung masih tidak dibenarkan, namun arahan terkini boleh berhari raya secara terkawal atau terhad ini wajar dipatuhi agar tidak menimbulkan gelombang kedua wabak Covid-19 di negara ini.

Jangan terlalu ghairah dan mensia-siakan peluang berhari raya ini dengan  cuai dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 

Selain itu, PKPB yang akan tamat pada 12 Mei 2020 ini juga akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi iaitu sehingga 9 Jun 2020.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan