TERDESAK REBUT KUASA KERANA BIMBANG RAHSIA TERBONGKAR HINGGA SANGGUP MENDERHAKA?

25.4k
SHARES
107.4k
VIEWS

Sikap degil, tamak dan rakusnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berebutkan pangkat dan kuasa dilihat semakin melampau-lampau sehingga sanggup menderhaka terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong, tanpa mempedulikan saat negara sedang dilanda wabak Covid-19.

2. Usul tidak percaya yang dibawa ke Parlimen oleh Datuk Seri Shafie Apdal kepada Speaker Dewan Rakyat pada persidangan pertama Parlimen terhadap kerajaan Perikatan Nasional jelas menunjukkan sikap sebenar pemimpin-pemimpin dari kalangan pembangkang yang tidak mempunyai prinsip dan moral.

3. Mengapa tidak, sedangkan mereka pada bila-bila masa sesiapa sahaja boleh belot dan bertukar arah, jika semalam mereka bermusuhan, hari ini mereka boleh bermuka-muka saling berpelukan dan ketawa bersama, dan jangan terkejut jika keesokannya mereka boleh bermusuhan semula. Inilah keadaan politik negara hari ini. Semuanya boleh dibeli dan disogok, soal maruah dan prinsip tidak membawa erti apa-apa.

4. Anehnya, rakyatnya juga nampaknya begitu. Berkali-kali ditipu namun tetap ada yang masih lagi meletakkan keyakinan kepada pemimpin yang terang-terangan korup. Tindakan Khalid Samad, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Shafie Apdal mempertikaikan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri sangat memalukan, sedangkan punca berlaku pengambilalihan kerajaan baru adalah kerana Tun Dr. Mahathir sendiri yang letak jawatan. Kenapa masih mahu mempersalahkan orang lain?

5. Mereka yang derhaka ini wajib dikenakan tindakan dan dihukum setimpalnya sama seperti kes di negeri Perak dahulu apabila Karpal Singh mempertikaikan kuasa budi bicara Sultan Perak dalam melantik Menteri Besar. Sebulan setengah selepas itu, pada 17 Mac 2009, Karpal Singh terus sahaja didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Dan akhirnya Karpal Singh didapati bersalah kerana menghasut oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Februari 2014 dan dijatuhkan hukuman denda RM4,000 sekaligus menghilangkan kelayakan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

6. Peguam Negara harus mengambil berat perkara ini, agar perbuatan menderhaka ini tidak akan menjadi trend atau dipandang remeh oleh golongan politik seolah-olah ada kuasa yang lagi besar yang akan melindungi mereka. Malah, jika dibandingkan penderhakaan Karpal Singh dengan tindakan Khalid Samad, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Shafie Apdal berkedudukan sebagai menteri sebenarnya jauh lebih berat kerana mereka mempertikaikan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara berkedudukan lebih tinggi daripada Sultan Negeri.

7. Adakah mahu segera menjatuhkan kerajaan PN kerana mahu menutup kelemahan yang mereka lakukan sebagai contoh kelmarin apabila Menteri Kewangan; Tengku Zafrul Aziz membuat kenyataan bagi menzahirkan rasa pelik beliau berhubung keputusan kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir membuat pinjaman luar kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh dan keputusan kerajaan PH meminjam menimbulkan banyak persoalan pelik.

8. Berita melaporkan kenyataan beliau dengan berkata: “Adalah menjadi persoalan besar bagi saya kenapa kerajaan PH begitu rakus membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai sedangkan kedudukan (kewangan) negara masih kukuh?” Apa sebenarnya motif Tun Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu telah menimbulkan banyak tanda tanya.

9. Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negara? Ramai berpendapat ada perkara yang disembunyikan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng daripada pengetahuan rakyat berhubung tujuan pinjaman melalui Bon Samurai. Sehubungan itu rakyat berpandangan adalah perlu bagi kerajaan menjalankan siasatan sama ada oleh SPRM atau pun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa Tun Mahathir dan Lim Guan Eng membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai sedangkan kewangan negara masih kukuh.

10. Lebih-lebih lagi Mahathir telah membuat kenyataan terakhir sebagai Perdana Menteri sementara bahawa negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai RM2 trillion dan RM1.2 trillion dikumpul ketika 9 tahun Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sepanjang PH mentadbir negara selama 21 bulan, rakyat disajikan dengan rintihan berterusan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng yang mengatakan kerajaan tiada duit. Duit negara telah dicuri oleh Dato’ Seri Najib.

11. Manakala Lim Guan Eng tidak putus-putus membuat kenyataan menipu rakyat dan Parlimen kononnya beliau mengharungi keadaan getir apabila mendakwa 5 bulan pertama beliau sebagai Menteri hanya berbekalkan RM450 juta sahaja. Dan peliknya semasa Tun Mahathir menjawat sementara sebagai PM Interim beliau mendakwa negara mempunyai dana yang besar. Nilai RM2 trillion dan kenyataan ini yang jauh berbeza dari dakwaan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

12. MUAFAKAT tertanya-tanya apakah mereka mulai berasa gusar dan bimbang lambat-laun segala penipuan yang mereka lakukan akan terbongkar sekiranya mereka tidak segera menjatuhkan kerajaan PN ini? Justeru, MUAFAKAT menyarankan supaya diadakan RCI atau Royal Commission of Inquiry (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bagi menyiasat perkara ini supaya pencerahan hal sebenar dapat dijelaskan kepada rakyat.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Rujukan ringkas:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/03/17/didakwa-keluar-kenyataan-hasutan-karpal-mengaku-tidak-salah

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2016/05/30/late-karpal-singh-guilty-of-sedition-against-perak-sultan-appellate-court-r/1130475

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/ym-tengku-zafrul-menteri-kewangan.html

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/04/560983/kerajaan-tak-terjejas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend