ASYRAF WAJDI: BN SUDAH LAMA MAHU BENTANG RUU DANA POLITIK

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Adakah sifat semulajadi pembangkang (kini kerajaan) sering membuat u-turn dan terkini mereka pula mencadangkan ingin menggubal rang undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik? Dahulu malu mengaku ia baik dan kini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang memberitahu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang pembiayaan dana politik tersebut.

Seperti mana diulas oleh Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kerajaan BN sebelum ini berhasrat untuk menggubal rang undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik namun ditentang pembangkang ketika itu namun beliau berkata pihaknya menyambut baik sebarang cadangan untuk menggubal rang undang-undang berkenaan kerana tiada apa yang perlu disorokkan berhubung dana politik.

“Kita (Barisan Nasional) dah lama nak gubal akta tersebut tapi dapat tentangan dari pihak parti-parti sekarang yang jadi pemerintah. Kami harus bersifat telus. Mana-mana sumbangan politik akan memberi isyarat dan mesej yang jelas tak ada apa yang perlu kita sorokkan dan bukan perkara baru sebab ia diamalkan di negara maju.”

Kita mengharapkan kerajaan baharu yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri keempat ini akan lebih telus dan berwibawa bukannya seperti dua bulan pertama ini yang asyik menyalahkan kerajaan sebelum ini dalam usaha untuk melengah-lengahkan manifesto yang mereka janjikan sebelum PRU-14 sehinggakan pelbagai fakta diseleweng dan ratusan akaun dibekukan.

Jika sebelum ini pembangkang menerima cadangan menggubal rang undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik ini tentunya tiada satupun akaun akan dibekukan kerana jelas siapa penyumbang dan berapa yang disumbangkan.

Persoalannya jika BN bersedia untuk dananya diumumkan, adakah parti-parti dalam Pakatan Harapan juga bersedia seperti mereka?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts