PERBALAHAN PEREBUTAN KUASA DI PARLIMEN TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT – WIRA PUTRA

1.6k
SHARES
8.9k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

9 Mei 2020 | 16 Ramadhan1441H

1. Wira PUTRA amat kecewa dan kesal dengan sikap kesibukan Ahli-ahli Parlimen kedua pihak, lebih kepada berebut kuasa atau berebut jawatan di ketika negara gawat menangani wabak COVID-19. Banyak lagi isu keutamaan rakyat dan negara yang boleh didebatkan di Parlimen seperti isu kewarganegaraan dengan hukuman yang perlu digandakan kepada mana-mana individu yang didakwa menjadi dalang penjualan kad pengenalan dan kad UNHCR, penyeludupan masuk pendatang haram. Membincangkan kaedah keselamatan seperti mewujudkan semula akta ISA atau seumpamanya bagi mengekang segala bentuk pencerobohan, pembocoran maklumat sulit negara dan segala tindak-tanduk yang mengancam keselamatan negara. Serta menyelesaikan segera bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat PKP dan memudah cara bayaran elaun para petugas barisan hadapan yang menggadai nyawa demi kesejahteraan rakyat dan negara.

2. Ketika ini, banyak keluarga dan individu yang bertarung bagi memulihkan ekonomi keluarga dan diri sendiri. Manakala wakil-wakil rakyat sibuk dengan perebutan kuasa, perebutan jawatan dalam GLC yakni kepentingan duit poket dan peribadi sendiri semata-mata. Kebajikan dan pembangunan ekonomi dan sosial rakyat dipandang remeh.

3. Ini adalah satu gambaran yang negatif dan tidak sepatutnya berlaku di kalangan pemimpin lantikan rakyat ini. Wakil-wakil rakyat sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan terbaik dalam memperjuangkan kebajikan, keperluan dan keselamatan rakyat di samping mencari inisiatif bagi pembangunan rakyat dan negara. Ini adalah satu sifat yang kejam selaku pemimpin dan akhirnya rakyat menjadi mangsa dan terus sengsara.

4. Hal ini sepatut menjadi pengajaran kepada rakyat khususnya anak-anak muda dengan melihat dan menilai sendiri kesan kerakusan pemimpin yang dijulang dan dipilih hanya kerana momokan wajib memberi undi kepada parti yang lama, pemimpin populis dan bukan berteraskan perjuangan hak dan kesejahteraan rakyat.

5. Wira PUTRA menggesa kedua pihak bersetuju dengan sukarela memohon ampun perkenaan DYMM YDP Agong untuk segera bubarkan Parlimen dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih parti dan pemimpin baru yang lebih jujur dan komited mewakili dan memperjuangkan hak rakyat. Wira PUTRA juga menaruh harapan dan keyakinan penuh kepada kebijaksanaan, kewibawaan dan ketegasan peranan Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Majlis Raja-Raja Melayu sekiranya kestabilan politik ini masih tidak mampu dicapai. Wira PUTRA juga menyokong cadangan yang dilontar oleh Presiden Parti PUTRA bagi mengembalikan kestabilan politik, kewibawaan pemimpin kerajaan dengan pengisytiharan darurat. Ini adalah untuk kebaikan masa depan negara. Anak bangsa masa depan tidak patut dianiaya sebegini rupa dan dibiar hidup dalam pertelagahan yang tak membawa apa-apa keuntungan pada diri dan kesejahteraan negara.

6. Tiga tahun adalah memadai bagi MAGERAN perbaiki Perlembagaan dan kembali membawa rakyat ke peti undi untuk memilih calon pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Cukuplah kita biarkan pemimpin-pemimpin rakus sedia ada yang sentiasa membelakangkan kebajikan dan kesejahteraan negara serta menjarah hasil negara dengan memberi peluang kepada pemimpin parti PUTRA yang komited dengan perjuangan dan tegas dalam isu rakyat.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts