PANDEMIK COVID-19 – SUATU REALITI DAN KEBENARAN

96
SHARES
792
VIEWS

Pandemik Covid-19 yang melanda negara Malaysia pada bulan Januari 2020 hingga kini bulan Mei, sudah memasuki 5 bulan.

PKP sahaja sudah masuk minggu ke-8 sehingga 12 Mei.

Pada 8 Mei jumlah kes Covid-19 yang sembuh berjumlah 4,864 kes iaitu bersamaan dengan 74.43 peratus, antara yang terbaik di dunia.

Penulis dari Indonesia, Ustaz Suharsono memuji langkah yang diambil oleh Perdana Menteri TS Muhyiddin, Menteri Kesihatan Dr. Adham Baba serta KKM berdepan dengan pandemik global ini.

Penyelidik dari Australia, Steward Nixon, melalui Channel News Asia (CNA), memuji Malaysia kerana berjaya menantangi Covid-19 dengan amat baik.

BAGAIMANA NEGARA VIETNAM BERJAYA HADAPI COVID-19?

Setakat 8 Mei 2020, jumlah kes Covid 19 di Vietnam ialah sebanyak 288 kes. Sembuh – 241 kes. Tiada sebarang kematian.

Apa rahsia kejayaan Negara Vietnam ini?

Walaupun Vietnam mempunyai 97 juta orang penduduk dan bersempadan dengan negara China tetapi jumlah pesakit Covid-19 mereka amat rendah.

Ini adalah kerana;

1. Seawal 1 Februari, Vietnam telah memulakan test screening suhu badan kepada seseorang yang masuk ke dalam bandar besar, bangunan kerajaan atau hospital.

2. Test kit buatan Vietnam dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 90 minit juga amat membantu membendung pandemik ini.

3. Vietnam menutup sempadan seawal hujung bulan Januari 2020, apabila 2 kes pertama Covid-19 dikenal pasti.

4. Targeted lockdown dilakukan seawal Februari.

5. Pada 1 Februari, Vietnam tidak membenarkan semua penerbangan dari China, Taiwan dan Hong Kong masuk. Sempadan Vietnam-China terus ditutup.

6. Apabila gelombang kedua Covid-19 melanda Vietnam, semua penerbangan antarabangsa tidak dibenarkan masuk.

7. Lockdown negara Vietnam bermula pada 1 April 2020.

8. Vietnam mewajibkan pemakaian face mask. Sekolah dan universiti ditutup. Perhimpunan lebih daripada 30 orang tidak dibenarkan. Perhimpunan dan perayaan keagamaan tidak dibenarkan.

9. Segala langkah-langkah awal yang dilakukan oleh Vietnam ini telah berjaya membendung Covid-19 daripada menembusi komuniti masyarakat di negara Vietnam sehinggakan jumlah kes Covid-19 amat sedikit iaitu 288 kes sahaja.

PERBANDINGAN DENGAN NEGARA SINGAPURA DAN INDONESIA:

Pada 8 Mei 2020, jumlah kes Covid-19 di Singapura ialah 21,707 kes.

Sembuh – 1,712 kes.

Kematian – 20 orang.

Di Indonesia pula, jumlah kes Covid-19 ialah 13,112 kes.

Sembuh – 2,494 kes.

Kematian – 943 orang.

KEADAAN COVID-19 DI MALAYSIA – SATU REALITI:

Keadaan di Malaysia menjadi kritikal pada satu ketika adalah kerana Kluster Tabligh di Sri Petaling merupakan satu jumlah yang amat besar. Hampir separuh dari pesakit Covid-19 negara datang dari kluster ini.

Jangkitan pula sudah mula tersebar ke seluruh negara.

Walau bagaimanapun atas kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah berjaya mengawal keadaan yang kritikal ini.

Ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, PH tidak mengambil langkah-langkah yang serius dan tepat bagi menghadapi Pandemik Covid-19 ini, seperti negara Vietnam pada penghujung bulan Januari 2020.

Sepatutnya pada 21 Januari, semua penerbangan dari negara China, Taiwan dan Hong Kong, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Pintu sempadan harus ditutup pada awal bulan Februari.

Tetapi ini tidak dilakukan oleh Kerajaan PH.

KERAJAAN BARU PM TSMY:

Apabila Kerajaan Baru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pada 1 Mac 2020, barulah penerbangan dari China, Taiwan dan Hong Kong tidak dibenarkan masuk.

PKP bermula pada 18 Mac 2020.

Menteri Kesihatan yang baru, Dr. Adham Baba, memulakan strategi menyiapkan hospital-hospital khas untuk pesakit Covid-19, peruntukan yang besar iaitu RM1 billion untuk menentang pandemik ini.

Perintah kuarantin selama 14 hari kepada rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara ini.

Membeli 94 alat bantuan pernafasan dari negara China.

Membekalkan peralatan perubatan yang mencukupi kepada semua pihak perubatan KKM.

Semua langkah-langkah pro-aktif dan strategik ini telah membuatkan negara berjaya mengawal pandemik Covid-19 ini daripada merebak dengan lebih teruk.

Manakala kadar kesembuhan hari ini sudah meningkat kepada 4,864 orang iaitu;

KADAR SEMBUH NEGARA KINI: 74.43 peratus. 

Antara yang terbaik di seluruh dunia.

Sesungguhnya negara dan rakyat Malaysia terhutang budi kepada Datuk Seri Dr. Adham Baba, Datuk Dr. Noor Hisham, Datuk Seri Ismail Sabri, KKM, MKN, pakar-pakar perubatan dan semua frontliners atas usaha terbaik setakat ini.

Peperangan belum lagi selesai.

Tanpa leadership (kepimpinan) dari Menteri Kesihatan yang baru, kejayaan ini tidak akan tercapai.

Tanpa visi dan keprihatinan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin untuk terus menjaga keselamatan rakyat dan memastikan rakyat tidak kelaparan dari terputus barang makanan. Rakyat amat bersyukur mendapat seorang Perdana Menteri yang amat mengambil berat kesejahteraan dan keselamatan Rakyat.

RAKYAT TERBELA

RAKYAT RASA SELAMAT.

RAKYAT TIDAK SENGSARA.

Sesungguhnya, marilah kita sama-sama membina negara ini semula pasca Covid-19.

Salam.

SAIFUL BAHAR ARSHAD (DSBA)

9 Mei 2020

Putrajaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan