PERJALANAN RENTAS NEGERI SELAMA 4 HARI BERMULA HARI INI

442
SHARES
2.6k
VIEWS

Perjalanan rentas negeri bermula hari ini hingga 10 Mei bagi membolehkan orang ramai yang terkandas bergerak semula ke kediaman masing-masing, tidak dibenar menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau motosikal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata perkara itu telah dimuktamadkan oleh polis sebelum ini.

Bagi perjalanan menerusi penerbangan pula perjalanan di Semenanjung Malaysia dibenarkan namun mereka yang mahu ke Sabah dan Sarawak perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui platform disediakan (kerajaan negeri) sebelum membeli tiket penerbangan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, semalam. 

Peraturan mengehadkan kepada empat orang satu kenderaan namun ia bergantung pada budi bicara petugas sekatan jalan raya yang membuat pemeriksaan. 

Bagi yang telah membuat permohonan menerusi aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, tempoh empat hari itu telah ditetapkan mengikut jadual dan negeri.

Berikut adalah ketetapan yang dibuat mengikut negeri;

1. 7 Mei (Khamis) adalah bagi orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur.

2. 8 Mei (Jumaat) diperuntukkan untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan. 

3. 9 Mei (Sabtu), pergerakan ditetapkan kepada mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka serta Pahang. 

4. 10 Mei (Ahad) bagi yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Diingatkan perjalanan rentas negeri ini bertujuan untuk orang ramai yang terkandas kembali ke tempat atau kediaman masing-masing dan bukannya mengambil kesempatan untuk pulang berhari raya di kampung. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts