ADUN CHINI MENINGGAL DUNIA

579
SHARES
3.4k
VIEWS
Innalillahiwainnailaihirojiun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Allahyarham dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan  oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi muat naik status di akaun Facebook rasminya pagi ini.

Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”

Sebelum ini Abu Bakar daripada UMNO berjaya mempertahan kerusi DUN Chini untuk penggal ketiga dengan mengalahkan calon PKR Sitarunishah Ab Kadir dengan majoriti 7,675 undi dalam pertandingan tiga penjuru. 
Al Fatihah.
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts