PAS SIAP SEDIA TERAJUI KEDAH, KALI INI SIAPA MUKHRIZ INGIN SALAHKAN?

2.8k
SHARES
16.3k
VIEWS

Ketika ini Pakatan Harapan bergolak di Kedah dan berkemungkinan besar negara akan menyaksikan Menteri Besarnya akan bertukar sekali lagi. 

Jika perkara ini ditakdirkan Allah Taala untuk berlaku maka ia akan menjadi tamparan hebat buat anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Dato’ Seri Utama Haji Mukriz Mahathir yang telah dua kali menjadi Menteri Besar Kedah, sama seperti bapanya yang telah dua kali menjadi Perdana Menteri.

Persoalan di sini bukan mengenai kesiap siagaan parti PAS yang memiliki 15 kerusi DUN di Kedah,  iaitu jumlah tertinggi dalam kalangan parti yang ada di negeri tersebut, tetapi mengenai apakah langkah yang akan diambil oleh Mukhriz bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku?

Jika berlaku pertukaran Menteri Besar, maka kali ini siapa yang beliau ingin salahkan?

Jika sebelum ini beliau salahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan meletakkan jawatan namun kali ini tentunya beliau akan salahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebabkan beliau terlucut jawatan. 

Mukhriz pasti akan menerima tamparan hebat apatah lagi baru beberapa hari lepas mempertikai hala tuju Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin yang kononnya tidak akan ke mana jika tidak kembali menyertai Pakatan Harapan. 

Bapanya Mahathir juga tentunya akan ‘terpukul’ dengan keadaan ini kerana segala kemelut ini sebenarnya berpunca daripada beliau sendiri yang meletakkan jawatan sehingga menyebabkan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dan sekaligus melenyapkan penguasaan mereka hanya selepas 22 bulan memerintah.

Tentunya Mukhriz tidak mahu menyalahkan bapanya maka apa yang boleh beliau buat adalah menuding jari kepada Muhyiddin yang tidak mahu bersama Pakatan Harapan selagi adanya DAP.

Ini yang gagal beliau fahami dan tentu beliau akan salahkan sesiapa sahaja kecuali bapa dan dirinya sendiri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts