KHALED NORDIN KATA – ERA KERAJAAN NEGERI DENGAR CAKAP KERAJAAN PERSEKUTUAN SUDAH BERAKHIR

399
SHARES
2.3k
VIEWS

6 Mei 2020 – Era Kerajaan Negeri mendengar arahan Kerajaan Persekutuan sudah berakhir.

Rujuk:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/05/04/umno-vp-the-era-of-the-federal-govt-calling-the-shots-is-over

9 negeri tidak mahu mengikut arahan Kerajaan Persekutuan melonggarkan PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Kerajaan Persekutuan mahukan negara dan negeri-negeri menghidupkan semula (kick-start) ekonomi negara dengan membenarkan semua sektor ekonomi berjalan seperti biasa kecuali beberapa sektor yang masih dilarang.

Khaled menyalahkan Menteri Kanan Ekonomi (Azmin Ali), tidak melakukan perbincangan dahulu dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri sebelum mengambil keputusan ini.

Ini menyebabkan negeri Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan tidak ikut arahan PKPB Kerajaan Persekutuan.

Manakala, negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan, akan ikut dengan membenarkan pembukaan beberapa sektor perniagaan dan bukannya semua.

ANWAR IBRAHIM PULA KATA:

Azmin Ali selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi negara, seharusnya berbincang dahulu dengan negeri-negeri yang tidak mahu ikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kerajaan Persekutuan.

Bukannya mencadangkan ada kemungkinan negeri-negeri ini boleh disaman oleh pihak Industri Perniagaan.

Azmin juga menyatakan bahawa PKP adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukannya di bawah Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri tidak boleh menolak PKPB dari Kerajaan Persekutuan.

PERSOALANNYA:

Saranan Khaled Nordin amat bercanggah dengan undang-undang yang jelas memberikan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan mengenai PKP dan PKPB.

Ulasan yang datang dari seorang yang bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Khaled kalah kedua-dua kerusi yang beliau bertanding), memperlihatkan ulasan Khaled datang dari sebagai seorang Naib Presiden UMNO.

Adakah ini pendirian Parti UMNO?

Atau ini adalah pendirian peribadi Khaled Nordin?

Persoalan ditanya kerana kerajaan yang baru ini adalah satu kerajaan campuran antara BERSATU, UMNO, PAS, GPS dan Ahli Parlimen Bebas.

Kritikan Khaled seolah-olah beliau merupakan satu suara pembangkang dari luar, sedangkan UMNO sudahpun menjadi sebahagian daripada pemerintah.

Saranan Anwar Ibrahim, tidak mengapa kerana Anwar dijangka akan menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

HAKIKATNYA:

1. PKPB sudahpun berjalan 2 hari dan masuk hari ke-3. Kelihatan rakyat tetap berdisplin mematuhi SOP yang diberi.

2. Pintu masuk negara tetap ditutup dengan ketat. Walaupun ada warganegara Malaysia pulang dari luar negara, mereka dikenakan kuarantin 14 hari.

3. Walaupun ada kluster kecil muncul di Chow Kit, kawasan tersebut terus dibendung dengan lockdown dan dipantau serta dibuat saringan.

4. Dengan adanya PKPB ini, banyak sektor perniagaan telah dibuka dan pergerakan rakyat lebih bebas.

Berkemungkinan akan menyebabkan beberapa kawasan yang akan dikenalpasti mempunyai individu pembawa penyakit Covid-19 tersebut.

5. Ini akan memberikan peluang kepada KKM untuk terus mengambil tindakan membenteras jangkitan yang lebih meluas daripada kawasan-kawasan tersebut.

6. Apapun, keadaan ekonomi negara sangat parah. Ramai rakyat sudah dan akan hilang pekerjaan. Kerana itu, ekonomi negara perlu dihidupkan semula.

SEMOGA RAKYAT TERUS SELAMAT.

HIDUPKAN EKONOMI SEMULA.

PULIHKAN EKONOMI RAKYAT.

KEKALKAN RAKYAT SELAMAT.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts