TIGA SARANAN KEPADA KERAJAAN SEMASA PKPB DILAKSANAKAN

376
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Tiga saranan untuk kerajaan semasa tempoh PKPB supaya trend jangkitan tidak naik semula:

1. Tingkatkan dan teruskan penyebaran maklumat berkenaan risiko yang dihadapi rakyat apabila mereka keluar rumah, ini untuk meningkatkan kesedaran supaya mereka mengambil langkah-langkah berjaga-jaga sendiri walaupun tanpa penguatkuasaan. Tiada siapa yang akan membahayakan anak mereka sendiri jika mereka tahu risiko sebenar (minit 0:00).

2. Pengujian-pengujian jangkitan untuk orang ramai di lapangan seperti di jalanraya, tempat-tempat tumpuan dan perkumpulan orang ramai seperti di pasaraya dan di kawasan-kawasan panas untuk pemantauan, pencegahan dan tindakan cepat sekiranya trend jangkitan meningkat semula (minit 1:00).

3. Mobilisasi anggota-anggota penguatkuasaan seperti polis dan tentera dari sekatan-sekatan jalan raya ke tempat-tempat perkumpulan dan tumpuan orang ramai seperti pasaraya, gudang beli belah, stesen LRT, MRT dan bas dan sebagainya untuk membantu pematuhan SOP PKPB di tempat-tempat ini (minit 3:30).

Ikuti video sepenuhnya di pautan di bawah;

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/711553306266863/?vh=e&d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts