PERLUKAH KELONGGARAN PKP DILAKUKAN DENGAN SEGERA ATAU LEBIH BAIK SECARA BERPERINGKAT?

36
SHARES
176
VIEWS

Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP-B) yang dicadang dilakukan mulai 4 Mei 2020 ini, berkemungkinan kerana 4 perkara utama iaitu;

1. Untuk memulihkan keadaan ekonomi negara dan ekonomi rakyat.

To kick start ekonomi semula.

2. Dibuka berperingkat terutama kawasan Hijau kerana recovery rate negara amat tinggi.

Bermaksud kaedah rawatan kita berjaya dan berkesan.

Walaupun vaksin belum dijumpai tetapi pelan perubatan yang  dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia amat berkesan.

3. Tiada kluster baru. Pintu sempadan ditutup dan dikawal dengan ketat. Semua ‘pintu tikus’ dan kawasan perairan pantai dikawal, bagi membendung sebarang pencerobohan.

4. Kawasan Red Zone, terus ditutup dan dipantau dengan rapi agar tidak berlakunya kluster baru.

RAKYAT RISAU GELOMBANG BARU MELANDA NEGARA:

Sekiranya PKP dihentikan terlalu awal seperti di Jepun dan Kanada.

5. Kerajaan telah membelanjakan lebih daripada RM25 billion ditambah RM10 billion ringgit untuk menangani wabak Covid-19 ini.

6. Sekiranya PKP dibuka terlalu awal dengan gopoh dan ‘Gelombang Kedua’ melanda negara, agaknya berapa pula perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kerajaan? 

7. Dan sekiranya Gelombang Kedua melanda negara, agak-agak berapa lama pula Perintah Kawalan Pergerakan atau Perintah Berkurung akan dilaksanakan? 

4 minggu?

6 minggu?

8 minggu?

8. Bolehkah negara dan rakyat bertahan sekiranya dikurung di rumah selama 8 minggu lagi?

Pasti tidak.

9. Kerana itulah, banyak pandangan yang diterima malam ini, mahukan kerajaan jangan gopoh membuka PKP dan membuka semua sekatan jalan raya.

10. Perlu satu kajian dibuat. Perlu dilihat dari semua sudut. Perlu difikirkan semasak-masaknya.

11. Memang benar ekonomi negara tenat. Ekonomi rakyat amat parah.

Tetapi antara Ekonomi vs. Nyawa, tiada satu perbandingan yang boleh dibuat.

12. Diharapkan keluh kesah rakyat ini didengar oleh Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinet beliau.

KEPADA ALLAH SWT. RAKYAT BERSERAH.

Salam.

DSBA

1 Mei 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan