GPMS SAMBUT BAIK PENANGGUHAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2020

363
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA GPMS

27 April 2020

1. GPMS menyambut baik dan bersetuju dengan keputusan Kementerian Belia Dan Sukan untuk menangguh sambutan Hari Belia Negara 2020.

2. Menurut satu kenyataan Media Kementerian Belia dan Sukan, sambutan Hari Belia Negara 2020 yang sepatutnya diadakan pada 15 Mei setiap tahun akan ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

3. GPMS melihat langkah ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk memerangi penularan wabak virus Covid-19 di dalam negara dan bukti bahawa keselamatan dan kesihatan golongan belia diberi keutamaan penting

4. Sebagai sebuah badan gabungan induk belia kebangsaan, GPMS memuji tindakan KBS kerana mengambil kira suara belia terutamanya NGO dan persatuan belia dalam proses pembuatan keputusan berkaitan belia.

5. GPMS juga berharap keputusan penangguhan ini boleh digunakan oleh pihak KBS dan MBM untuk merangka sambutan Hari Belia Negara dengan mengambil kira amalan baru atau ‘new normal‘ di kalangan rakyat pasca Covid-19 dan kemaslahatan pengunjung dan orang ramai.

6. Selain itu, GPMS berharap sesi penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara untuk calon-calon yang menawarkan diri boleh diadakan sepanjang tempoh penangguhan.

7. Justeru, walaupun tahun 2020 ini menjadi tahun yang mencabar buat kita semua, GPMS sebagai organisasi perdana belia akan terus komited bersama KBS dan MBM dalam usaha memperkasa peranan dan aktivisme belia negara.

Akhir kata, semoga setiap perbuatan kita diangkat sebagai amalan baik bersempena bulan mulia Ramadhan Al Mubarak kali ini.

Sekian,

Salam Hormat.

MOHD ALIF ANAS BIN HJ MD NOOR

Presiden GPMS

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts