SINDIKET GADAI KEDAULATAN NEGARA AMBIL KESEMPATAN DARIPADA KERAPUHAN SISTEM MYKAD

673
SHARES
2.3k
VIEWS

Laporan media melaporkan bahawa mahkamah Pulau Pinang telah menetapkan tarikh 6 April 2020 sebagai tarikh perbicaraan terhadap seorang Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara bersama 6 individu lain yang ditahan kerana terbabit dengan 13 pertuduhan berhubung sindiket pemalsuan MyKad. Sama ada perbicaraan ini akan berjalan atau tidak kerana negara ketika ini sedang berhadapan dengan wabak berbahaya Covid-19 dan kerajaan telahpun mengeluarkan arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

2. Dalam laporan media Astro Awani bertarikh 3 Oktober 2019 menyebut: enam lelaki termasuk Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, didakwa dengan 32 pertuduhan di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad kepada warga asing. Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Mohd Faizul Ariffin, 34, didakwa dengan 11 pertuduhan, membabitkan dua mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM); Seksyen 466 Kanun Keseksaan (empat pertuduhan), dan Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dengan lima pertuduhan.

3. Selain Mohd Faizul, lima lagi tertuduh yang ke semuanya rakyat tempatan ialah Datuk Lai Chin Wah, 56, Loh Chan Cheong, 34, Chien Guan Chai, 36, Yap Cheng Wah, 44, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 56. Mohd Faizul didakwa membuat dan memalsukan kad pengenalan dan sijil kelahiran atas nama Ewe Chor Beng dan Tan Xiu Xiu, selain mengeluarkan kad pengenalan atas nama Lim Hock Eng, Yang Xiaohong, dan Pheh Jin Leong, yang ke semuanya adalah warga China. Salah seorang daripada tertuduh diwakili oleh peguam RSN Rayer, Ahli Parlimen Jelutong, iaitu Lai Chin Wah namun Rayer telah menarik diri pada September sebulan kemudian. Tempat beliau digantikan oleh peguam R Sivahnanthan.

4. Dengan kesalahan sebesar itu yang merupakan perbuatan menggadai kedaulatan negara kepada warga asing kerana memberi kerakyatan kepada mereka yang tidak ketahuan baik mengenai undang-undang dan budaya setempat, atau sekurang-kurangnya mereka ini memahami sejarah dan konsep perpaduan rakyat berbilang kaum. Justeru, tidak mustahil jika terdapat di kalangan pendatang ini mungkin pengintip atau dalang jenayah antarabangsa.

5. Keenam-enam tertuduh ini boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan dendanya pula tidak kurang RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000, atau kedua-duanya sekali. Persoalan di sini, apakah hukuman ini setimpal dan akan membuat pelaku berasa serik, atau biasanya pelaku akan mengulanginya semula apabila mampu membayarnya.

6. Jenayah MyKad ini secara kasarnya ada dua jenis, iaitu yang pertamanya jenis pemalsuan yang membuat MyKad tiruan yang sama seperti MyKad yang sedia ada tetapi ciri-ciri keselamatannya tidak kuat, contohnya ia kelihatan seperti mempunyai ‘chip‘ tetapi tidak berfungsi, ianya sekadar hiasan bagi kelihatan seperti MyKad yang mempunyai nombor identiti pemegang MyKad orang lain atau yang telah mati.

7. MyKad palsu jenis ini atau ‘duplicate identification‘ biasanya digunakan oleh agen-agen rahsia antarabangsa untuk mereka melakukan kerja-kerja penyamaran masuk ke pejabat-pejabat penting kerajaan bagi memperolehi maklumat-maklumat rahsia kerajaan, khususnya pejabat Menteri Pertahanan. Adakah perkara ini mustahil berlaku tambah lagi setelah memiliki sijil kelahiran dan MyKad yang asli melalui sindiket?

8. Manakala jenis kedua ialah MyKad yang diseleweng melalui sindiket yang melibatkan orang dalaman dan jenis ini amat sukar dibuat pengecaman sama ada ia penduduk asal atau pendatang haram, disebabkan segala ciri-ciri keselamatannya sama sahaja dengan pemegang MyKad yang asli. Kalau adapun perbezaan, hanya pada numbor siri yang mungkin sama dengan nombor siri yang terdapat pada pemegang MyKad orang lain.

9. Timbul juga persoalan, adakah penyelewengan MyKad ini mempunyai kaitan dengan kes kemasukan pelancong asing terutamanya dari China dan India yang telah masuk ke dalam negara dan tidak keluar seperti yang direkod dalam statistik Laporan Ketua Audit Negara 2018. Laporan menunjukkan warga asing China yang tidak keluar berjumlah 76,258 orang iaitu 95.6 peratus sejak tahun 2016 hingga 2018, manakala warga asing India adalah seramai 39,806 orang iaitu 96.5 peratus dari 2017 hingga 2018. Tidak mustahil jika dikatakan sebahagian besarnya mungkin telah dapat sijil kelahiran dan MyKad melalui sindiket?

10. Justeru, di sebalik kerapuhan sistem MyKad bermula daripada penyelenggaraan keluarnya kad hingga kepada ciri-ciri keselamatan yang pada kad tersebut, MUAFAKAT mencadangkan kepada kerajaan, sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan MyKad yang baru, yang mempunyai siri keselamatan yang terbaik, lebih ketat dan canggih daripada jenis ketinggalan zaman yang digunapakai sekarang yang telah gagal apabila mudah dipalsukan. Mungkin MyKad yang baru ini nanti jenis yang mempunyai RFID (Radio Frequency Identification), atau yang lebih canggih lagi daripada itu.

Haji Rashidi bin Haris

KETUA MEDIA MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts