Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau bercadang untuk bertemu dengan semua pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan para pejuang bahasa di negara ini bagi membincangkan isu yang semakin mendapat tentangan meluas.

Katanya meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.