MALAYSIAKINI MEDIA BATU API, KDN SILA AMBIL TINDAKAN

465
SHARES
2.7k
VIEWS

1. Peranan Malaysiakini sebagai media ‘batu api’ memang terserlah sejak kejatuhan kerajaan PH yang mereka dokongi. Istilah laporan bebas bagi portal tersebut hanya sekadar janji manis sahaja. Realitinya portal Malaysiakini amat bahaya untuk masa hadapan Malaysia yang dinamik lagi progresif.

2. Manakan tidak, isu yang sepatutnya kecil, sengaja diperbesar dengan tujuan tertentu. Isu yang sepatutnya besar, sengaja dipinggirkan jika keuntungan berita tersebut tidak memihak mereka. Lihat saja tajuk-tajuk berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini, hampir kesemuanya berunsur sensasi.

3. Malah adakalanya, tajuk berita tidak sepadan dengan kandungan berita yang dilaporkan. Ia seolah-olah disengajakan bagi menarik perhatian dan memesongkan pemikiran pembaca portal tersebut yang rata-ratanya cenderung kepada PH.

Adakah Malaysiakini sengaja mewujudkan keadaan demikian bagi mengawal ‘mind setting‘ para pembaca? Netizen yang dikawal pemikiran mereka sebegini adalah ‘simpanan tetap’ Malaysiakini terhadap PH.

4. Apabila taksub, tiada lagi pertimbangan yang adil. Baca tajuk saja, terus hentam atau sokong mati-matian. Meminjam istilah seorang pengulas/penulis terkenal, En. Hussaini Amran, beliau mengatakan kini wujud kluster netizen ‘Terus Komen Lepas Baca Tajuk (TENuK)’. Golongan seperti inilah yang dihasilkan oleh Malaysiakini melalui laporan mereka dengan tajuk-tajuk yang sensasi.

5. Mutakhir, Malaysiakini galak melaporkan berita ‘sensasi’ pertukaran jawatan utama di badan-badan berkanun. Malaysiakini seolah-olah menggambarkan pemimpin DAP yang memegang jawatan tersebut sebagai mangsa kerakusan para menteri kerajaan. Hakikatnya, ia adalah pertukaran biasa apabila menteri bertukar.

Pertukaran selalunya akan berlaku apabila menteri bertukar walaupun dalam kerajaan yang sama. Apatah lagi, kini kerajaan yang bertukar, tentu akan ada pertukaran jawatan. PH sendiri telah melakukannya apabila mereka mengambil alih kerajaan persekutuan dahulu. Berapa ramai pemimpin BN ditamatkan perkhidmatan lalu digantikan dengan pemimpin DAP?

6. Tidak cukup dengan itu, orang biasa yang bekerja sebagai kakitangan kontrakpun mereka (PH) tamatkan kontrak mereka. Jadi, tidak perlulah Malaysiakini cuba mensensasikan berita penamatan para pengerusi GLC dari kalangan PH yang bertaraf kontrak. Ia hanya berita biasa kecuali sengaja disensasikan dengan agenda tertentu.

7. Dalam isu lain, nampak ketara Datuk Dr. Adham Baba kini menjadi sasaran ‘sensasi’ Malaysiakini. Kekhilafan Dr. Adham sengaja diperbesarkan oleh Malaysiakini bagi membunuh kredibiliti beliau. Komen-komen mengarut seperti membandingkan Ketua Pengarah Kesihatan lebih layak menjadi menteri telah diperbesarkan. Ia adalah komen mengarut.

Datuk Dr. Norhisham memang lebih sesuai menjadi seorang Ketua Pengarah, namun belum tentu beliau boleh menjadi yang terbaik jika menjadi menteri. Membanding Dr. Adham dengan Dr. Norhisham adalah seperti membandingkan epal dengan tembikai. Walau kedua-duanya adalah buah dan sama bulat, terlalu banyak perbezaan peranan antara keduanya. Epal dan tembikai adalah saling melengkapi, bukan untuk dibandingkan secara lateral.

8. Kerana itulah, komen membandingkan Dr. Adham dengan Dr. Norhisham adalah keanak-anakan. Hanya mainan anak kecil yang belum matang. Malaysiakini yang telah wujud 22 tahun dalam industri media tidak perlu ‘menurunkan’ martabat mereka mereka serendah ini jikapun tidak mahu bersikap neutral dalam laporan mereka.

Malaysiakini juga tidak perlu mensensasikan berita Lim Kit Siang yang berpengalaman 50 tahun dalam politik Malaysia apabila Kit Siang membandingkan Dr. Adham dengan Dr. Norhisham. Kit Siang kini telah masuk kluster nyanyuk apabila kuman seberang laut beliau nampak, gajah depan mata beliau tidak nampak. Janji sendiri mahu letak jawatan jika Mahathir tidak menyerahkan jawatan PM kepada Anwar pun beliau buat-buat lupa.

Sebaiknya Malaysiakini jangan jadi batu api mengeruhkan lagi keadaan ketika kita semua berhadapan situasi yang genting. Jika portal ini masih terus bermain api menyemai benih kebencian di kalangan rakyat Malaysia, elok kerajaan mengambil tindakan terhadap Malaysiakini.

Tutup, sekat, saman atau apa saja asalkan kerajaan hari ini tidak disumpah sebagai kerajaan yang tiada ‘telur’ mahu mengambil tindakan terhadap Malaysiakini.

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts