ISU TUDUNG: MALAYSIA MASIH BELUM BEBAS DARIPADA WABAK KEBODOHAN AKIBAT VIRUS ISLAMOPHOBIA

764
SHARES
2.8k
VIEWS

Amat mendukacitakan kerana sehingga ke hari ini masih terdapat ramai masyarakat bukan Islam yang prejudis dan memandang sinis apabila terlihat sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Sebagai contoh isu terbaru apabila “Projek Tudung” yang bernilai RM280,000 direkodkan di dalam Kad Laporan Tabung Covid-19 mengundang kritikan daripada ramai wargamaya bukan Muslim.

2. Kritikan tersebut jelas bernada mempersendakan agama Islam yang bukan sahaja merupakan agama yang dianut oleh majoriti di Malaysia tetapi juga agama negara Malaysia.

3. Akibat daripada kritikan ini, warga maya bukan Islam tersebut telah beramai-ramai menzahirkan kejahilan mereka apabila menyangka ‘tudung’ tersebut adalah tudung yang biasa dipakai oleh para muslimat, oleh itu tidak penting dan tidak sepatutnya disenaraikan dalam peruntukan bantuan Tabung Covid-19.

4. Sebenarnya, “Projek Tudung” yang dikritik itu merupakan salah satu pakaian pelengkap selain peralatan perlindungan diri (PPE) bagi semua frontliners tidak kira bangsa Melayu, Cina, India atau mana-mana bangsa sekalipun. Kesemuanya WAJIB memakainya ketika bertugas.

5. Hatta kaum lelaki juga diwajibkan memakai pakaian yang dinamakan ‘tudung’ itu. Ringkasnya, semua petugas KKM tanpa mengira jantina, bangsa dan agama mesti memakai ‘tudung’ perlindungan untuk menghalang rambut terkeluar dan ia adalah langkah keselamatan ketika mengurus pesakit COVID-19.

6. Selain itu, kuantiti bekalan tudung ini perlu banyak kerana ia termasuk kategori pakai buang, sama seperti penutup muka dan sarung tangan. Selepas digunapakai ia harus dilupuskan. Petugas berisiko tinggi dijangkiti jika masih menggunakan bahan pakai buang ini berkali-kali.

7. Sebagaimana terdapat di sesetengah negara yang membasuh dan menggunakannya semula, akibatnya ramai petugas frontliners yang telah dijangkiti. Malah dalam keadaan begini, nyawa adalah lebih penting daripada sebarang kos wang yang perlu dibelanjakan. Asalkan ia bagi tujuan keselamatan maka perbelanjaan tersebut mempunyai justifikasi yang kukuh.

8. Di sini jelas, masih ramai masyarakat bukan Islam yang nampaknya masih dihinggapi ‘virus’ Islamophobia sehingga mereka tidak mampu berfikir dengan jelas lantaran sikap prejudis mereka itu. Sebagai contoh “projek tudung” ini tiada langsung kaitan dengan konsep bertudung Islam seperti yang mereka fahami. Tetapi apa yang lebih penting buat mereka adalah mengkritik dahulu sekiranya hal tersebut bersangkut-paut dengan Islam. Tidakkah mereka ini layak dikelompokkan sebagai pembenci Islam dan Melayu?

9. MUAFAKAT tidak menolak kemungkinan terdapat kepentingan politik yang cuba menjatuhkan reputasi kerajaan ketika ini. Tetapi yang menjadi faktor penting bagi Islamophobia adalah suatu kebiasaan Islam ini dijadikan objek untuk ditakut-takutkan dan dimomokkan di atas pentas-pentas politik parti-parti tertentu yang biasanya didokong golongan chauvinis dan liberal. Hasilnya masyarakat bukan muslim sudah terbiasa dengan ‘stereotype’ antara Islam dan kemunduran.

10. Kritikan mereka hanya merupakan suatu rengekan golongan minoriti yang tidak tahu bersyukur dan manja. Apa yang perlu kerajaan lakukan adalah sentiasa memihak kepada kepentingan golongan majoriti Melayu Muslim. Negara yang diberi sokongan majoriti adalah lebih kukuh dan stabil.

11. MUAFAKAT juga mendesak pihak berwajib untuk bertindak tegas terhadap mana-mana individu mahupun parti politik atau NGO yang sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang berbau hasutan bagi mengelakkan konflik yang sia-sia khususnya ketika negara kini bersatu hati mengekang wabak Covid-19.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts