MUJAHID: SAYA TIDAK IKTIRAF LGBT!

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai LGBT, sebagai bersalahan dari sudut pandangan Islam dan peruntukan undang-undang negara.

“Pandangan yang beliau kemukakan itu dilihat sebagai mengiktiraf perlakuan LGBT sebagai hak seseorang selama ia dilakukan dalam ruang peribadi masing-masing. Kefahaman ini ternyata sangat silap kerana LGBT melibatkan pencerobohan terhadap hak masyarakat dan sifat tabii kemanusiaan.”

Jika dibaca kenyataan asal yang disiarkan media, Datuk Dr Mujahid dengan jelas memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan perbuatan LGBT dan tetap mengatakan ia sebagai haram walaupun dilakukan secara sembunyi.

Kenyataan ini tidak disalahtafsirkan oleh media namun disalahertikan oleh Datuk Dr. Khairuddin sendiri ataupun beliau tidak membaca kenyataan Datuk Dr Mujahid sepenuhnya dan terus mengulas. Jika ada media yang memetik sebaliknya, sebaiknya media tersebut jangan bersikap berat sebelah.

Datuk Dr Mujahid bertegas dalam menjelaskan mengenai pengertian yang salah oleh Datuk Dr. Khairuddin iaitu;

“Ingin saya jelaskan perbuatan sumbang mereka (golongan LGBT) yang bercanggah dengan agama, nilai moral kemanusiaan dan fitrah, kita tidak dapat terima dan tak mungkin negara juga menerima perkara berkenaan.”

“Tetapi sebagai rakyat Malaysia, dari sudut hak asasi manusia, hak mereka tidak disakiti dan mendapat keadilan sudah tentu akan dijamin berdasarkan Artikel 8 (Perlembagaan Malaysia) iaitu setiap warganegara wajib mendapat keadilan tanpa menerima sebarang diskriminasi,”  ujar beliau membezakan antara hukum dalam Islam iaitu perbuatan LGBT adalah haram dan jaminan hak mereka selaku rakyat yang tidak akan diapa-apakan jika tidak membuat kesalahan jenayah di negara ini.

Namun jika pelaku LGBT melakukan secara terbuka juga akan ditangkap seperti ditegaskan oleh beliau dalam kenyataan sebelum ini kepada media.

Kita mengharapkan masyarakat memahami isu ini dengan sebaik mungkin dan bukannya terus menyelar dan membuat kenyataan tidak adil apabila pandangan yang diutarakan tersebut dibuat oleh mereka yang berada dalam kem politik yang berlainan.

Sepatutnya apa yang betul dikatakan betul dan yang salah dikatakan salah tidak kira siapa yang mengutarakannya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts