TANGGUH DAHULU PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Kementerian Kesihatan Malaysia pula kini memohon kerajaan menangguhkan kebenaran untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berperingkat termasuk perkhidmatan gunting rambut. Saranan tersebut disuarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. 

Sememangnya kebenaran membuka semula beberapa sektor ini di bawah bidang kuasa dan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diterajui oleh Datuk Seri Azmin Ali, namun beliau sepatutnya mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara terlebih dahulu. 

Pelaksanaan dan kebenaran sewajarnya dilihat daripada sudut yang lebih luas, yang merujuk kepada keperluan yang mendasari masyarakat, di mana perkhidmatan gunting rambut ini diperlukan tetapi ia bukanlah keperluan mendesak ataupun kritikal untuk dibenarkan kembali beroperasi ketika ini. 

Melalui tinjauan yang dibuat oleh Harian Metro, hampir 90 peratus pengguna tidak bersetuju perkhidmatan gunting rambut diberi kebenaran untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di negara ini, selagi wabak Covid-19 ini belum berakhir.

Beberapa persatuan membabitkan perkhidmatan gunting rambut juga dilaporkan meminta ahli masing-masing tidak membuka premis perniagaan mereka meskipun lampu hijau sudah diberi kerajaan.

Di luar negara juga merekodkan di Mississippi, Amerika Syarikat yang mencatatkan kematian membabitkan tukang gunting rambut selepas mangsa dikatakan terus menerima pelanggan ketika pandemik Covid-19 masih menular.

Kerajaan perlu menyelaraskan komunikasi di antara kementerian agar tidak terlihat bercelaru dan tidak kerap membuat ‘u-turn’ dengan meluluskan dan kemudian membatalkan atau menangguhkannya semula. 

Kelemahan Pakatan Harapan sebelum ini ketika menjadi kerajaan tidak boleh dibenarkan untuk berulang, segala keputusan kerajaan sepatutnya dikaji mendalam dan barulah diputuskan untuk diumumkan.

Bukannya pelbagai kementerian membuat keputusan secara bersendirian yang kemudiannya menyusahkan pelbagai pihak apabila terpaksa ditarik semula selepas dikritik pelbagai pihak, seperti isu kilang arak Heineken dan Carlsberg yang dibenarkan beroperasi sebelum ini. 

Jangan benarkan ‘DNA’ Pakatan Harapan yang masih ada mengakibatkan kerajaan yang memerintah ketika ini menjadi tidak efisien melalui kenyataan-kenyataan dan keputusan yang menjadi jenaka masyarakat serta kerap bercanggah  di antara satu sama lain termasuk membuat u-turn.

Kita tidak mahu tindakan ini akan mewujudkan kluster baharu yang dikenali sebagai ‘kluster gunting rambut’ pula jika kebenaran ini diteruskan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts