SELURUH AHLI LEMBAGA PENGARAH FELCRA LETAK JAWATAN

462
SHARES
2.7k
VIEWS

Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad meletakkan jawatan susulan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Abdul Latiff Ahmad semalam.

Pengerusinya iaitu Datuk Nageeb Wahab juga telah mengesahkan peletakan jawatannya.

Beliau sebelum ini dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi menggantikan Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin sejurus selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Negeeb sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perladangan Malaysia dan Naib Presiden Sime Darby Plantation Sdn. Bhd.

Walaupun tidak mengesahkan atau menafikan sama ada beliau dan Ahli Lembaga Pengarah Felcra yang lain diminta untuk meletak jawatan tetapi beliau menyifatkan pertemuan dengan Abdul Latiff sebelum peletakan jawatan tersebut sebagai ‘mesra’. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts