BEBERAPA PERSOALAN MENGENAI COVID-19 DAN ‘KLUSTER TABLIGH’

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Dr. Mohd Afiq

Berkenaan COVID-19… Ada beberapa perkara yang masih bermain di fikiran saya…

Pada saat ini sehingga ke hari ini, kita masih dapat pesakit yang merupakan peserta Tabligh yang menghadiri Ijtimak Seri Petaling…

Jika kita lihat Ijtimak ini telah habis pada 2 Mac. Dan jika kita ambil tempoh inkubasi 14 hari, kita sepatutnya sudah tidak lagi menerima pesakit yang merupakan peserta ijtima’ ini semenjak 16 Mac yang lalu..

Namun sehingga ke hari ini kita masih menerima ramai di kalangan mereka (PRIMARY IJTIMAK ATTENDEE) sebagai pesakit yang baru menjadi positif untuk swab pertama dan ada juga yang baru menjadi positif untuk swab kedua (swab pertama negatif).

Rata-rata golongan yang swab kedua positif ini ialah golongan yang dikuarantinkan di pusat kuarantin daerah.

Timbul beberapa persoalan yang sedikit menggusarkan hati.

1. Apakah benar tempoh inkubasi ini 14 hari ataupun sebenarnya lebih daripada itu?

2. Apakah di pusat kuarantin daerah tidak diamalkan langkah pencegahan seperti jarak sosial ataupun mereka bebas bergerak di sana menyebabkan berlaku “cross infection” di kalangan yang negatif dan positif? – jika benar ini berlaku maka pusat kuarantin daerah akan menjadi pusat yang bukan mencegah tetapi menjadi lubuk penyebaran ini berlaku.

Maka langkah penguatkuasaan drastik perlu diambil pihak berwajib. Pusat kuarantin daerah sepatutnya menjadi tempat isolasi selamat dan bukannya lubuk “mass spreading

3. Apakah masih ada peserta ijtimak Tabligh yang masih tidak hadir untuk rawatan? Seingat saya sudah hampir kesemuanya telah hadir. Andainya mereka tidak hadir sekalipun maka sepatutnya selepas 16 Mac mereka ini telah melepasi fasa inkubasi dan sepatutnya negatif bukan?

Ataupun berlaku “cross infection” di kalangan mereka yang hadir dan positif terhadap mereka yang hadir tetapi tidak positif dalam kehidupan seharian.

Perkara tersebut menjadi kerisauan buat saya kerana jika di kalangan peserta ijtimak itu sendiri masih tidak selesai, bagaimanakah persediaan kita untuk menghadapi gelombang rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan jumlah mereka yang positif semakin meningkat..

Sesiapa yang mungkin ada penjelasan?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts