MUFTI: ZAM WAJAR SARAN TUTUP PUSAT PELACURAN, MINUMAN KERAS

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Isu cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya pusat tahfiz di seluruh negara ditutup semakin mendapat perhatian.

Terkini Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad Zainuddin berkata, “Dia (Zainuddin) sepatutnya menentang pusat-pusat pelacuran, kedai-kedai minuman keras, itu yang patut disarankan untuk ditutup dengan segera, bukannya pusat tahfiz.”

“Pandangan beliau memang tidak wajar. Sebagai orang Islam perkara-perkara yang memartabatkan agama Islam perlu disokong dan sama-sama diperbaiki kelemahannya, bukannya minta untuk ditutup,” 

Sebaliknya perlu membantu untuk memperbaiki lagi kelemahan sistem pusat tahfiz supaya sehaluan dengan kemajuan arus semasa.

Walaupun kemudiannya Zainuddin Maidin cuba memperbetulkan cadangan beliau dengan berkata ia dilakukan untuk provokasi agar memperoleh jawapan namun kelihatan beliau hanya cuba menegakkan benang yang basah.

Selaku Menteri Penerangan yang berpengalaman mengawal diplomasi media suatu ketika dahulu, kesilapan sebegini tidak wajar dilakukan oleh beliau dan tentunya beliau tahu ‘provokasi’ yang dikatakan beliau ini telahpun gagal dan tidak mencapai matlamat.

Ini kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa sendiri menyarankan beliau membuat ‘homework‘ sebelum memberi cadangan sedangkan menurut beliau kononnya jawapan daripada Datuk Dr. Mujahid inilah yang ditunggu-tunggu olehnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts