AHLI PARLIMEN TIDAK PATUT MEMBELAKANGI PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

718
SHARES
3.7k
VIEWS

Tindakan YB M. Saravanan terang-terangan melanggar Perkara 152 (1), perkara ini jelas dan tidak perlu sebarang penjelasan, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Bahasa Kebangsaan di Malaysia ialah BAHASA MELAYU.

2. Isu ini timbul berikutan tular poster Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memberikan ucapan ulang tahun ke-74 kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), dalam tulisan Tamil.

3. MUAFAKAT memandang perkara ini sudah menjadi semacam suatu proses normalisasi penggunaan bahasa selain Bahasa Kebangsaan bagi tujuan komunikasi awam yang bermula semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sejak dua tahun yang lepas.

4. Ini tidak seharusnya terjadi dan ia perlu dihentikan dengan segera. Amaran keras perlu diberikan kepada mana-mana pemimpin politik khususnya Ahli Parlimen yang melakukan hal yang serupa. Dalam isu ini, Datuk Seri M. Saravanan perlu memohon maaf secara terbuka agar ia menjadi pengajaran kepada ahli-ahli Parlimen yang lain.

5. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan, manakala dipersetujui Bahasa Kebangsaan adalah medium perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

6. Namun dalam perkara rasmi, kerajaan perlulah mengikut apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini wajib sebagai identiti kedaulatan negara merdeka.

7. Apabila menyertai kabinet kerajaan, para pemimpin harus sedar bahawa mereka merupakan menteri bagi seluruh rakyat Malaysia dan bukan untuk kaum tertentu. Jika mereka beriya-riya mahu menjadi menteri bagi kaum tertentu maka lebih baik letak jawatan sahaja.

8. Jika alasannya untuk kaum India yang tidak tahu berbahasa Melayu, hujah ini amat melampau bagi kaum India kerana setelah merdeka lebih 60 tahun masyarakat India masih buta berbahasa Melayu. Dan YB M. Saravanan secara tidak langsung cuma menggambarkan kononnya masyarakat India masih bodoh dan ketinggalan zaman.

9. Ada lima perkara sensitif bagi orang Melayu yang wajib diketahui oleh Ahli Parlimen bukan Melayu yang harus dielakkan dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

1. Islam agama bagi Persekutuan

2. Kedaulatan Raja-raja Melayu

3. Hak Istimewa orang Melayu

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

5. Hak pengisytiharan Darurat

10. Buat rakyat Malaysia yang masih degil dan ‘bengap’ dalam memahami bahasa bagi satu-satu negara, boleh kita bertanya jika bahasa kebangsaan bagi negara India adalah Hindi, dan bahasa rasmi bagi negara China pula ialah Mandarin, maka apakah bahasa rasmi negara Malaysia pula perlu dipelbagaikan, mana logiknya?

11. MUAFAKAT berasa amat dukacita dengan sikap tidak peduli oleh pemimpin MIC itu apabila perkara yang sama berulang hari ini di masa kerajaan PN, padahal perkara ini telah pun mendapat cemuhan dari banyak pihak semasa kerajaan PH apabila Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts